
Sudah hampir hujung tahun, semestinya ramai akan cari resipi untuk kenduri. Kali ini, kami nak kongsikan cara membuat Nasi Minyak yang sangat mudah untuk anda cuba.
Nasi Minyak sangat popular di Malaysia dan sering dihidangkan dalam majlis istimewa seperti kenduri kahwin, perayaan atau sambutan bersama keluarga tersayang.
Nak buat sendiri di rumah, ikut saja cara membuat Nasi Minyak yang dikongsikan oleh Norliza Hj Norbi di Facebook dan hasilnya cukup berderai elok. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Nasi Beriani Simple Di Rumah, Ada Ayam Goreng Mamak Lagi Terangkat
CARA MEMBUAT NASI MINYAK

Bahan utama:
- 8 pot beras basmathi (anggaran air 10 pot)
Bahan-bahan tumis:
- 2 sudu minyak sapi
- 2 sudu minyak masak
- 3 sudu marjerin
- 6 biji bawang merah (dimayang)
- 2 pokok akar ketumbar (akar saja)
- 3 helai daun salam
- 1 batang kayu manis
- 3 biji bunga cengkih
- 2 biji bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
Bahan-bahan lain:
- 2 sudu susu pekat
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna kuning
- Kismis

Cara-cara masak:
- Mula-mula, panaskan minyak sapi, minyak masak dan marjerin.
- Selepas itu, masukkan bawang dan goreng sampai betul-betul perang.
- Kemudian, masukkan bahan-bahan tumis yang lain kecuali susu dan garam.
- Masak sampai naik bau, kemudian masukkan air, susu, pewarna kuning dan garam sampai mendidih.
- Seterusnya, masukkan beras dan kismis, kemudian tunggu nasi masak.
- Akhir sekali, masukkan dalam tong dan gaul sekata.
Setelah dimasukkan ke dalam bekas lain, barulah nasi tak berminyak di bahagian bawah dan berderai elok. Biasanya, nasi akan berminyak di bahagian bawah selepas masak.
Selamat mencuba!
Sumber: Norliza Hj Norbi
Baca juga: Nasi Minyak Kampung, Resipi Orang Lama Ini Ternyata Lebih Beraroma
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














