Categories: Resipi

Cara Membuat Mi Kuning Tanpa Kapur, Rasa Tetap Sama Macam Beli

 

Hari ini kami akan kongsikan cara membuat mi kuning yang tanpa bahan pengawet dan paling penting bebas dari kapur. Jadi, anda boleh menikmati mi ini dengan cara yang sihat dan sedap.

Rasanya tidak lari dari yang selalu kita jumpa di kedai. Mi ini juga sangat versatil, sesuai digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti mi goreng, mi sup, mi kari dan banyak lagi.

Resipi ini juga dapat menghasilkan 2 kilogram mi kuning dengan menggunakan 1 kilogram tepung.

Jom tengok perkongsian di bawah.

Baca lagi: Sambal Hitam Belimbing Buluh, Masam Pedas Sampai Jiran Tanya Resipi!

CARA MEMBUAT MI KUNING

Bahan-Bahan Mi Kuning:

  • 1 kg tepung gandum
  • 2 biji telur
  • ½ sudu makan garam
  • Pewarna kuning (untuk warna mee)
  • 1 gelas air

Cara Penyediaan:

1.  Mula-mula, masukkan tepung gandum ke dalam sebuah bekas besar. Tepung ini adalah bahan penting untuk menghasilkan mee yang lembut dan gebu.

2. Pecahkan dua biji telur ke dalam mangkuk kecil dan pukul telur tersebut hingga sebati. Selepas itu, tuangkan telur yang telah dipukul ke dalam bekas berisi tepung tadi.

3. Tambahkan sedikit pewarna kuning ke dalam campuran tepung dan telur. Pewarna ini akan memberikan warna kuning yang menarik pada mi. Gaul rata sehingga warna sekata.

4. Campurkan air yang telah dicampur dengan sedikit garam secara sedikit demi sedikit ke dalam adunan.

5. Uli campuran tersebut sehingga menjadi doh yang tidak terlalu lembik. Doh perlu diuli dengan sempurna sehingga lembut dan sebati.

6.  Setelah doh siap, buat bulatan kecil dan leperkan. Pastikan adunan tidak terlalu tebal atau nipis.

7.  Sekarang, masanya untuk menggunakan mesin mi. Mulakan dengan mesin bahagian leper terlebih dahulu. Untuk mesin yang saya gunakan, saya laraskan kepada nombor 7. Namun, setiap mesin mi mungkin berbeza, jadi laraskan mengikut mesin masing-masing.

8. Setelah doh di leperkan, mesin sekali lagi dengan menggunakan bahagian pemotong mi. Jangan lupa untuk taburkan sedikit tepung pada doh sebelum dimasukkan ke dalam mesin supaya mi tidak melekat.

9. Seterusnya, panaskan air dalam periuk sehingga mendidih. Tambahkan sedikit minyak masak ke dalam air mendidih supaya mi tidak melekat ketika dimasak.

10. Masukkan mi ke dalam air mendidih dan masak seketika. Apabila mi sudah timbul ke permukaan air, itu tandanya mi telah masak.

11. Angkat mi yang sudah masak dan toskan airnya.

12. Titiskan sedikit minyak masak ke atas mi yang telah ditos supaya tidak melekat satu sama lain.

Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Rinda Sofea

Baca lagi: Resipi Ayam Masak Kicap Yang Pekat Elok, Rupanya Ada Rahsia Kena Ikut

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago