cara membuat kek coklat

Sejak kebelakangan ini, ramai mencari cara membuat Kek Coklat Matilda di media sosial. Teksturnya moist dan kurang manis, jadi orang yang tak suka makan kek pun boleh jatuh cinta.

Tak ramai tahu, tapi nama ‘Matilda’ sebenarnya diinspirasikan daripada filem Matilda (1996) iaitu babak ikonik budak lelaki makan kek coklat bersaiz besar yang nampak sangat moist dan menggoda selera.

Oleh disebabkan babak itu, ramai tertarik untuk cari cara membuat Kek Coklat Matilda. Nak tahu rasanya macam mana, boleh ikut resipi melalui video oleh Who’s Cookin’ di YouTube.

Baca juga: Kek Victoria Sandwich Paling Gebu, Bahan Ringkas Tapi Rasa Kayangan!

CARA MEMBUAT KEK COKLAT MATILDA

cara membuat kek coklat

Bahan-bahan kek:

  • 4 biji telur (saiz sederhana)
  • 200g gula kastor (lebih kurang 1 cawan)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • ½ cawan susu pekat manis
  • 1 cawan susu penuh krim (250ml)
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1½ cawan tepung naik sendiri (180g) (boleh ganti dengan tepung gandum + 1 sudu teh serbuk penaik, diayak bersama)
  • 1 cawan minyak sayuran atau minyak masak
  • 1 cawan serbuk koko (100g)

Bahan-bahan krim coklat:

  • 400g coklat kompaun atau coklat susu dalam bentuk coin (boleh ganti dark chocolate)
  • 400ml krim putar dairy
  • 50g mentega (pilihan)
  • 1 sudu kecil esen vanila (pilihan)

Cara-cara menyediakan kek:

1. Masukkan satu demi satu iaitu telur, gula kastor, esen vanila, susu pekat manis, susu penuh krim dan minyak masak sambil pukul.

2. Guna bekas lain, ayak tepung naik sendiri, baking soda dan serbuk koko.

3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kemudian pukul.

4. Letak baking paper dalam loyang, sapu minyak dan tuang adunan ke dalamnya.

5. Panaskan oven dahulu.

6. Bakar pada suhu 160ºC hingga 170ºC selama 40 minit, rak tengah, tutup kipas dan api atas bawah.

Cara-cara menyediakan krim coklat:

1. Panaskan krim putar dairy atas api kecil sehingga berbuih di sekeliling periuk.

2. Masukkan coklat kompaun atau susu ke dalam mangkuk.

3. Tuang krim panas ke atas coklat.

4. Biarkan seketika, kemudian kacau hingga coklat cair.

5. Simpan dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam.

Cara-cara membuat kek coklat matilda:

1. Cucuk lidi, jika keluar bersih, tanda kek sudah masak.

2. Terbalikkan kek, biarkan sejuk sepenuhnya.

3. Potong kek kepada beberapa bahagian.

4. Sapu krim coklat (boleh putar dulu sebelum guna) di atas potongan kek pertama.

5. Letak potongan kek kedua dan sapu krim coklat.

6. Ulang langkah sampai potongan kek habis.

Selamat mencuba!

Sumber: Who’s Cookin’

Baca juga: ‘Wacky Cake’ Atau Kek Gila – Kek Coklat Bajet Tanpa Telur, Susu & Mentega, Sedap & Moist!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN