cara memasak nasi

Kalau anda selalu masak dalam kuantiti kecil, cara memasak nasi atas dapur memang paling praktikal. Tak perlu periuk nasi, cepat dan hasilnya tetap sedap.

Tapi masalah biasa tetap sama iaitu air melimpah, buih naik banyak dan kadangkala nasi jadi terlalu lembik atau sedikit hangit.

Dalam artikel ini, kami kongsikan cara memasak nasi yang betul mengikut tip daripada Dibalicious di Lemon8, senang diikuti, sesuai untuk pemula dan yang paling penting, hasil nasi berderai dan tak melimpah.

Baca juga: Cara Cuci Periuk Nasi Yang Betul, Boleh Elak Nasi Cepat Basi

SUKATAN AIR IKUT JENIS BERAS

cara memasak nasi

Sebelum masak, pastikan sukatan air tepat. Contoh yang dikongsi:

  • Beras: Praboil Pusa Cream
    – 1 pot beras : 2 pot air

Jika guna beras biasa, anda boleh laras ikut kesukaan (nak lembut tambah air, nak berderai kurangkan sedikit).

CARA MEMASAK NASI ATAS DAPUR

Langkah ini sesuai untuk semua jenis beras dan mudah untuk sesiapa yang baru belajar.

1. Cuci Beras Sampai Bersih

Bilas sehingga air tidak terlalu keruh. Ini bantu nasi jadi lebih cantik dan kurang melekat.

2. Masukkan Air Mengikut Sukatan

Gunakan cawan atau pot yang sama supaya nisbah tepat, ini asas utama dalam cara memasak nasi.

3. Masak Guna Api Sederhana

Letakkan periuk di atas dapur dan biarkan hingga air mula menggelegak.

4. Bila Buih Mula Naik, Kecilkan Api

Ini elakkan air melimpah dan nasi tak bersepah atas dapur.

5. Tip Anti-Melimpah Yang Ramai Tak Tahu

cara memasak nasi

Letakkan senduk di atas periuk.

Teknik simple ini membantu pecahkan buih dan elakkan limpahan walaupun api sederhana.

6. Bila Air Hampir Kering, Tutup Periuk & Kecilkan Api

Wap panas akan memasak nasi secara sekata, tak keras di atas, tak lembik di bawah.

7. Pantau Sekejap-Sekejap

Buka penutup seketika untuk semak sama ada air sudah kering.

8. Bila Air Kering, Tutup Api & Gemburkan Nasi

Kacau perlahan supaya nasi berderai dan tidak bergumpal.

Tip Tambahan Untuk Hasil Nasi Sempurna

  • Guna periuk dasar tebal untuk elak cepat hangit.
  • Jangan guna api besar, ia cepat memakan air dan nasi tak sempat masak betul.
  • Tambah daun pandan kalau mahu aroma wangi.
  • Jika suka nasi lebih lembut, tambah sedikit air.

Nasi siap dimasak dengan cantik, tidak melimpah dan tidak lembik. Teknik ini sesuai untuk sesiapa yang memang suka cara memasak nasi atas dapur, simple, cepat dan berkesan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dibalicious

Baca juga: Cara Nak Masak Nasi Guna Beras Biasa, Hasil Sebiji-Sebiji Macam Pakai Beras Mahal

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN