tempoyak ikan patin

Makanan yang menggunakan tempoyak memang banyak, tapi antara yang paling disukai ramai adalah Tempoyak Ikan Patin. Banyak cara untuk memasaknya tapi yang ini adalah resipi asli dari Pahang.

Resipi asal dari negeri ini telah dikongsikan oleh Ieda Ida. Cara memasaknya tidaknya sukar mana, hanya guna 4 bahan saja iaitu kunyit, cili, tempoyak dan daun kesum. Tapi ‘rasa’ dia memang padu!

Baca juga: Resipi Asam Pedas Melaka Asli. Ada ‘Rahsia’ Buat Kuah Pekat, Sedap & Padu

Resipi Tempoyak Ikan Patin ‘Original’ Pahang

Cara masak tempoyak ikan patin original ni dari pahang:

Tak letak bawang, tak letak serai, tak letak bunga kantan, tak letak bawang putih.

Bahan-bahan:

  • Cili
  • Kunyit
  • Daun kesum
  • Tempoyak
  • Ikan (memang wajib ada)

Cara masak:

  1. Tumbuk cili dan kunyit mengikut tahap kepedasan yang disukai.
  2. Kemudian masukkan daun kesum dan tempoyak mengikut kepekatan yang diingini. (boleh letak timun tua jika suka)
  3. Masukkan cili dan kunyit yang sudah ditumbuk lumat.
  4. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Perasakan secukup rasa dengan garam dan gula.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan yang bersesuaian (patin, talapia, kembung, kerisi, tenggiri). Ayam, tulang pun boleh ya.
  6. Biarkan menggelak dan tunggu sehingga ikan masak. Selamat mencuba!tempoyak ikan patin

Haa, mudah je kan rupanya? Lepasni tak perlu jauh ke Pahang kalau mengidam, buat sendiri kat rumah pun boleh!

Kredit: Ieda Ida

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Ala ‘Mekdi’, Guna 3 Tepung Ini Sebagai Bancuhan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN