Categories: Tips & Petua

Tip Sambal Sotong Tak Berair Bila Masak, Elok Lembut Gebu & Tak Kecut!

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara masak sambal sotong​ bagi memastikan ia lembut, gebu, dan tidak berair. Sambal sotong bukan sahaja enak, tetapi juga penuh dengan rasa yang menggugat selera.

Sambal sotong adalah hidangan yang sangat popular dalam masakan Melayu dan sering menjadi pilihan di meja makan. Walau bagaimanapun, ramai yang menghadapi masalah ketika memasak sambal sotong, di mana sotong sering menjadi berair dan keras apabila dimasak.

Sotong yang berair bukan sahaja kurang menyelerakan tetapi juga membuatkan hidangan kelihatan tidak menarik. Oleh itu, penting untuk mengetahui teknik dan langkah yang betul dalam memasak sambal sotong.

Dengan mengikuti panduan yang betul, anda boleh menghasilkan sambal sotong yang lembut dan gebu. Mari kita lihat tips berguna untuk memastikan sambal sotong anda menjadi hidangan yang sempurna!

Baca juga: 6 Jenis Sotong Popular Di Malaysia, Yang ‘Satu’ Ini Paling Banyak Diguna Dalam Masakan

CARA MASAK SAMBAL SOTONG​ TAK BERAIR, LEMBUT GEBU & TAK KECUT

Petua ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang bernama Masnah Bakir. Berikut merupakan perkongsian penuh olehnya:

“Terjumpa tips sambal sotong tidak berair, sotong lembut gebu, dan tidak kecut. Terus cuba, memang menjadi. Tipsnya, selepas potong sotong, gaul dengan garam.

Biar lama sedikit sebelum bilas bersih-bersih dan masak seperti biasa. Nanti banyak buih-buih dari sotong itu keluar. Toskan, masak seperti biasa. Selamat mencuba!”

Kredit: Masnah Bakir

Baca juga: Resipi Sambal Tumis Sotong Kembang, Guna Tips Ini Confirm Tak Liat!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago