Categories: Resipi

Cara Masak Sambal Ronggeng Yang Rangup Kruk Krap, Boleh Tahan Lebih 3 Bulan!

Tak dinafikan mereka yang suka memasak pasti seronok apabila dapat membuat pelbagai jenis sambal dan lebih teruja jika dapat tahu adanya cara masak Sambal Ronggeng yang rangup.

Dengar namanya saja, sudah cukup membangkitkan rasa ingin tahu tentang Sambal Ronggeng. Sebenarnya, ia merupakan sambal kentang ikan bilis tapi dalam versi kering.

Bukan saja mudah cara masak Sambal Ronggeng ini, malah bahannya juga tak terlalu banyak yang diperlukan. Selain diratah begitu saja, anda boleh nikmatinya bersama nasi panas.

Mawar Alina telah kongsikan cara masak Sambal Ronggeng di Facebook yang menarik perhatian ramai kerana hasilnya kelihatan sungguh rangup. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Kurangkan Percikan Minyak Semasa Masak Sambal, Tak Bersepah Jadinya!

CARA MASAK SAMBAL RONGGENG

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, sagat kentang, cuci bersih dan toskan airnya.

2. Potong cili kering dan buang bijinya, kemudian basuh bersih.

3. Selepas itu, rebus cili kering sekejap, bilas dan toskan airnya.

4. Kemudian, basuh ikan bilis bersih dan toskan airnya.

5. Tabur sedikit tepung bestari atau tepung jagung untuk hasil yang rangup.

6. Seterusnya, goreng ikan bilis, kentang, cili kering dan bawang secara berasingan satu demi satu dan bagi garing semua.

7. Guna chopper, kemudian kisar cili kering, ikan bilis dan bawang yang sudah digoreng tadi.

8. Akhir sekali, gaulkan mesra bahan-bahan kisar dengan kentang goreng bersama sedikit garam, gula dan perasa jika suka. Siap untuk dinikmati!

Buat pengetahuan anda, Sambal Ronggeng ini lebih sedap jika dibiarkan semalaman sebelum memakannya kerana rasa cili itu akan sebati dengan kentang.

Cara masak Sambal Ronggeng ini telah menjadi kesukaan ramai kerana rangupnya yang membuatkan sesiapa saja yang memakannya pasti terasa puas dan seronok.

Nak Sambal Ronggeng ini tahan lama lebih 3 bulan, anda perlu simpan di dalam bekas kedap udara dan nikmatinya pada bila-bila masa yang disukai.

Selamat mencuba!

Sumber: Mawar Alina

Baca juga: Resepi Sambal Jantan Yang Popular Di Kelantan, ‘Power’ Bukan Main-Main!

Aimi

Recent Posts

Roti Nak Expired? Jom Buat Cucur Roti Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Alamak! Roti dah nak tamat tempoh? Jangan buang! Kita boleh 'selamatkan' roti itu dengan mencuba…

2 days ago

10 Serbuk Matcha Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Beli, Barulah Sedap Bancuh Air!

  Serbuk matcha telah menjadi trend popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, ramai yang…

2 days ago

Jenis Mangga Yang Popular Di Malaysia, Orang Kata No. 3 Isi Sedap Dan Manis Leting!

Selalunya kita dengar tentang mangga Harumanis saja, tapi sebenarnya ada banyak lagi jenis mangga terjual…

2 days ago

Bubur Biskut Kapal, Resipi Legend Orang Perak Yang Ramai Tak Tahu!

Teringat pula zaman kecil-kecil dulu, petang-petang mesti mak-mak akan buatkan bubur biskut kapal ini. Rasanya…

2 days ago

Ayam Kicap Jawa Bersantan, Pembuka Selera Kenyang Sampai Menyandar!

Ayam kicap jawa atau lebih dikenali sebagai ayam kicap semur sedap dihidangkan bersama nasi panas.…

2 days ago

Resipi Sardin Kicap Pedas, Rasa Lagi ‘Power’ Dari Masak Sambal!

Bosan asyik makan sambal sardin saja? Jom cuba resepi sardin masak kicap pedas ini pula.…

2 days ago