Categories: Resipi

Cara Masak Pulut Kuning Tanpa Kukus, Lebih Mudah Guna Periuk Nasi Je!

cara masak pulut kuningcara masak pulut kuning

Apabila datang ke kenduri, makanan pertama yang dicari semestinya Pulut Kuning. Biasanya dibuat secara kukus, tapi kami terjumpa cara masak Pulut Kuning dengan periuk nasi saja.

Pulut Kuning atau nasi kunyit ialah sejenis sajian istimewa bagi orang Melayu. Ia merupakan pulut yang dimasak dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna.

Biasanya ia dimakan dengan gulai, rendang ayam atau daging pada majlis keramaian seperti hari perkahwinan, kenduri kesyukuran dan hari lain yang istimewa.

Nazra Queen telah tunjukkan cara masak Pulut Kuning yang cukup mudah dengan menggunakan periuk nasi di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Pulut Kacau Dari Ibu, Ada Petua Gula Merah Berlinang Elok!

CARA MASAK PULUT KUNING GUNA PERIUK NASI

cara masak pulut kuningcara masak pulut kuning

Bahan-bahan:

  • 300g beras pulut
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Santan daripada ½ biji kelapa (anggaran 200ml hingga 250ml)
  • Daun pandan

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, basuh beras pulut dan toskan airnya.

2. Selepas itu, masukkan serbuk kunyit, garam, gula dan minyak masak.

3. Kemudian, masukkan air sehingga paras pulut. Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama beras pulut.

4. Seterusnya, masak menggunakan periuk nasi seperti masak nasi saja. Selepas 10 minit akan jadi seperti ini. Kacau-kacau pulut tersebut.

5. Kemudian, masukkan santan sambil dikacau sehingga sebati.

6. Apabila pulut nampak agak basah, berhenti masukkan santan dan tak perlu habiskan semua santan tersebut. Biarkan 5 minit supaya pulut menyerap santan.

7. Switch on periuk nasi lagi sekali. Tekan warm sahaja. Biarkan pulut masak dan berkilat lebih kurang 10 minit. Siap untuk dihidang!

Manalah tahu nak cuba cara masak Pulut Kuning selain kukus, bolehlah cuba guna periuk nasi pula. Jika hidangkan bersama kari ayam atau sambal tumis, lebih bertambah lazatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Nazra Queen

Baca juga: Cara Masak Pulut Dengan Periuk Nasi, Tak Letak Santan Pun Sedap!

Aimi

Recent Posts

Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi!

Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…

1 hour ago

Resipi Sos Hijau Yaman, Cicah Dengan Apa Pun Pasti ‘Terangkat’!

Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…

23 hours ago

Kek Sandwich Victoria Terlajak Gebu, Siap Ada Filling Yang Tangkap Leleh!

Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…

23 hours ago

Resepi Tepung Goreng Ayam KFC, Lebih Jimat Kos, Sedap Sebijik Macam Yang Original

Peminat ayam goreng pasti suka resepi Tepung Goreng Ayam KFC yang kami kongsikan ini. Bukan…

23 hours ago

Resepi Sosej Ayam Homemade Mudah Dengan 5 Bahan, Lebih Sihat Dan Sedap!

Setiap hari kita perlu mengamalkan pemakanan sihat supaya tubuh badan sentiasa terjaga dengan baik. Oleh…

23 hours ago

Cara Pantas Untuk Hilangkan Bau Hanyir Ayam, Guna 2 Bahan Saja Terus Segar!

Semua orang pernah hadapi masalah bau ayam yang tak hilang-hilang walaupun dibersihkan banyak kali. Sebenarnya,…

1 day ago