Mak-mak yang sudah biasa di dapur pasti pernah mengalami nasi cepat basi, berkerak atau tak sekata. Sebenarnya, ada cara masak nasi sedap yang anda boleh praktikkan mulai hari ini.
Roshima Ibrahim Shima telah kongsikan cara masak nasi sedap yang cukup unik dengan menggunakan periuk nasi biasa. Hasilnya nasi jadi gebu, sedap, tak berkerak dan tahan lama.
Caranya ibarat kukus nasi dengan menggunakan periuk kecil dalam periuk nasi seperti konsep double boil. Nampak pelik, tapi sangat praktikal dan berkesan. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Masak Nasi Buang Kanji Yang Menjadi, Hasil Sebutir-Sebutir & Cantik Kejadiannya
Bahan dan peralatan:
Cara-caranya:
1. Ambil beras dan basuh seperti biasa sampai bersih.
2. Masukkan beras tadi ke dalam periuk kecil bersama air ikut sukatan masak nasi seperti biasa.
3. Dalam periuk nasi, tuangkan sedikit air di bahagian dasarnya, cukup untuk menampung proses mengukus (jangan terlalu banyak, cukup sekadar ¼ tinggi periuk nasi).
4. Jika ada pelapik periuk, boleh letakkan di dasar periuk nasi supaya periuk kecil tidak bersentuhan terus dengan dasar pemanas.
5. Letakkan periuk kecil berisi beras dan air ke dalam periuk nasi.
6. Tutup penutup periuk nasi dan tekan butang ‘cook’ seperti biasa.
7. Biarkan nasi masak sepenuhnya, tak perlu kacau atau buka penutup. Tunggu sampai lampu bertukar ke ‘warm’.
8. Apabila sudah masak, buka penutup dan nikmati hasilnya, nasi lembut, tak berkerak dan harum.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Roshima Ibrahim Shima
Baca juga: Cara Nak Masak Nasi Guna Beras Biasa, Hasil Sebiji-Sebiji Macam Pakai Beras Mahal
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…