Kadang-kadang stress tiap kali nak basuh kerak nasi dalam periuk. Kena rendam dulu baru senang nak basuh.
Tapi bila nampak kerak tu jadi nasi rasa membazir pula. Tapi apa boleh buat, tak semua suka makan kerak tu.
Jadi apa kata kita masak nasi menggunakan teknik ‘double boil’ pula. Confirm tak berkerak dan tak membazir.
Jom baca perkongsian oleh Nabilah Hannan di bawah:
Kadang malas nak layan kerak nasi dalam periuk. Bila dah rendam dlm sink, nampak kerak tu jadi nasi rasa membaziar pulak.
So, jom kita masak nasi teknik double boil. Selalunya orang buat chocolate topping je yang guna teknik ni. Sekarang kita apply kat nasi pulak.
STEP LAST TU PALING UTAMA, kalau ambil master dalam bidang masakan nasi putih tapi tak reti yang tu, tetap disqualified.
1. Basuh beras macam biasa. Dan sukat air macam biasa. Saya pakai mangkuk yang jenis stainless steel tu.
2. Kemudian, periuk nasi tu letak air jugak. Biar terendam separuh dari mangkuk tadi.
3. Rice cooker + periuk nasi taruk air + mangkuk stainless steel (beras dibasuh +air).
4. Langkah paling penting. Pastikan lampu dekat COOK menyala.
5. Kejadian nasi yang telah masak.
Button cook tadi takkan naik warm selagi air yang kita taruk dalam periuk nasi ada lagi. Nak tunggu kering lama lagi la kot nak makan nasinya. Jadi, dalam 20-30 minit lepas on switch tu, boleh check kalau-kalau nasi dah siap masak.
Kredit: Nabilah Hannan
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…