cara masak nasi goreng

Nampak macam mudah, tapi tak ramai yang tahu cara masak nasi goreng supaya tak cepat basi dan tahan lama. Lebih lagi jika memasak dalam kuantiti yang banyak.

Seorang peniaga benama Cik Ijan berkongsikan pengalaman beliau semasa mengambil tempahan nasi goreng.

Beliau mengalami situasi di mana nasi goreng yang dimasak menjadi lembik dan bertali selepas beberapa jam digoreng.

Baca juga: 12 Perencah Nasi Goreng Yang Paling Ramai Guna Di Malaysia, Memang Terbaik!

CARA MASAK NASI GORENG SUPAYA TAK CEPAT BASI

Berikut merupakan perkongsian penuh olehnya:

“Selepas saya selidik, silap saya tak goreng nasi dengan api besar sampai nasi asap dalam nasi dan tak goreng hingga nasi garing. Bahan rencah semua saya goreng garing dengan api besar.

Masa nak masukkan nasi, saya kecilkan api dan gaul rata sahaja. Tak buka api besar dan tak tunggu nasi sedikit garing.

Nasi dah nampak okay, bau pun okay. Tapi dah sedikit lembik dan bertali. Rugi modal, masa dan tenaga. Pengalaman untuk saya. 5kg beras bazir..”

Menerusi perkongsian tersebut, bagi memastikan nasi goreng tahan lama dan tak cepat basi adalah dengan melakukan cara berikut:

  1. Bahan rencah perlu digoreng garing.
  2. Goreng nasi menggunakan api yang besar.
  3. Nasi perlu digoreng sehingga nampak berasap.
  4. Goreng nasi sehingga garing.

Semoga bermanfaat!

cara masak nasi goreng

Kredit: Cik Ijan

Baca juga: Cara Buat Pes Nasi Goreng, Bila Nak Masak Tinggal Masukkan Nasi & Sayur Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN