Sebenarnya mudah saja cara masak nasi beriani. Tak perlu guna bahan-bahan yang sukar pun. Cukup ada bahan asas seperti beras, 4 sekawan, bawang besar, bawang putih, rempah kari, daun pandan, sup bunjut dan garam.
Kalau ada yang nak cuba, boleh ikuti resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Puan Siti Zalikha di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Nasi Beriani Guna Tin Adabi Kari Kambing, Cara Paling Senang & Sedap!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Tumbuk bahan-bahan bertanda (*) sehingga lumat.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, kemudian tumis bahan yang sudah ditumbuk tadi.
3. Bila dah garing, masukkan 4 sekawan dan sambung tumiskan sekejap.
4. Masukkan pula rempah kari adabi yang sudah dibancuh dengan air.
5. Kemudian masukkan beras dan gaul sehingga semuanya sebati. Tutup api.
6. Seterusnya masukkan beras ke dalam periuk nasi, tuangkan air mengikut sukatan anda.
7. Masukkan juga garam, daun pandan dan 1 sup bunjut. Masak nasi seperti biasa.
8. Akhir sekali, taburkan dengan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan bersama ayam masak merah dan timun sebagai ulam. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Puan Siti Zalikha
Baca juga: Resipi Nasi Ayam Thai ‘Viral’ Yang Ringkas, Sedap & Senang Untuk Disediakan
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…