Categories: Resipi

Resipi Nasi Ayam Thai Paling Pantas, Mudahnya Masak Nasi & Ayam Sekali!

Jika anda sedang mencari resepi mudah untuk makan tengah hari, jom cuba cara masak nasi ayam Thai ini!

Resipi ini bukan sahaja sedap, tetapi juga sangat mudah kerana anda hanya perlu campak ayam dan beras sekaligus.

Tak perlu risau tentang bahan yang rumit dan cara penyediaan yang banyak langkah, semuanya senang dan cepat!

Boleh ikuti resipi penuh yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Khas Fena di bawah.

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Paling Mudah Nak Buat, Sama Sedap Macam Di Kedai

CARA MASAK NASI AYAM THAI

Bahan-bahan nasi:

– 2 inci halia, dihiris
– Sebiji bawang besar (dihiris)
– 1 kiub ayam
– Akar ketumbar
– 4 ketul ayam
– 2 cawan beras
– 3 cawan air rebusan ayam (untuk nasi)

Cara masak nasi:

1. Masukkan air ke dalam periuk, kemudian tambahkan empat ketul ayam bersama bahan-bahan yang telah disediakan (halia, bawang, kiub ayam, akar ketumbar). Tambahkan sedikit garam. Didihkan sekejap. Tak perlu lama sangat sebab kita akan masukkan ayam ke dalam rice cooker nanti.

2. Sementara ayam mendidih, basuh 2 cawan beras dan toskan airnya.

3. Tuangkan 3 cawan air rebusan ayam ke dalam periuk yang berisi beras. Susun ayam di atas beras dan masak nasi seperti biasa.

4. Simpan sedikit air rebusan ayam untuk sup dan sos.

Bahan-bahan sos:

– 4 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
– 3 biji cili padi (ditumbuk lumat)
– 3 biji cili padi (dihiris halus)
Daun ketumbar (dihiris halus)
– 2 sudu besar sos cili Thai
– 1 sudu teh kicap manis
– 2 biji limau kasturi (diperah)
– Garam secukup rasa
– Biji bijan (untuk hiasan)

Cara buat sos:

1. Tumbuk lumat 4 ulas bawang putih dan 3 biji cili padi.

2. Hiris halus 3 biji cili padi dan daun ketumbar. Satukan bahan tumbuk dan hiris.

3. Masukkan 2 sudu besar sos cili Thai.

4. Tambahkan 1 sudu teh kicap manis. Pakai sikit je, sebab kalau banyak sangat nanti sos jadi gelap dan tak cantik.

5. Masukkan 2 senduk air rebusan ayam tadi.

6. Perahkan 2 biji jus limau kasturi.

7. Letakkan sedikit garam mengikut rasa. Tak perlu gula sebab sos Thai dah manis.

8. Sos ini harus cair dan ada rasa pedas, masam, manis, dan masin yang seimbang. Jika suka, lebihkan rasa pedas.

Bahan-bahan sup:

– 1 sudu teh serbuk lada hitam
– Garam secukup rasa
Daun sup (untuk hiasan)

Cara buat sup:

1. Sesuaikan air rebusan ayam tadi untuk buat sup. Masukkan 1 sudu teh serbuk lada hitam.

2. Tambahkan sedikit garam. Biarkan mendidih sekejap. Taburkan daun sup ketika hendak dihidang.

Kredit resipi dan gambar: Khas Fena

Baca juga: Tip Nasi Ayam Lebih Harum, Lembut Dan Gebu. Ratah Saja Pun Dah Sedap!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago