Percutian ke Pahang takkan lengkap jika tak cuba pelbagai makanan sedap dan ramai mencari resepi Ikan Patin Tempoyak yang mudah.
Ikan Patin Tempoyak merupakan makanan paling popular di Pahang terutamanya di Temerloh dan ia merupakan salah satu makanan wajib dicuba di sana.
Buat pengetahuan anda, tempoyak dibuat daripada isi buah durian dan ditambah dengan sedikit garam serta disimpan tertapai dalam suhu bilik selama tiga hingga lima hari.
Ia tak dimakan begitu saja tapi digunakan untuk buat sambal, pais ikan atau dimasukkan ke dalam Ikan Patin Tempoyak.
Nur Masri telah sudi kongsikan resepi Ikan Patin Tempoyak yang sangat mudah tanpa jalan kerja yang renyah di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Ikan Keli Masak Lemak Tanpa Meletup, Cara Pun Ringkas!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Mula-mula, kisar cili api, kunyit hidup dan tempoyak sampai halus, kemudian masukkan ke dalam periuk.
2. Selepas itu, tambahkan air jika pekat. Buka api dan panaskan bahan kisar tadi.
3. Apabila sudah menggelegak, masukkan daun kesum dan bunga kantan.
4. Seterusnya, masak hingga mendidih dan masukkan ikan patin, kemudian perasakan gula dan garam.
5. Apabila ikan sudah masak, boleh tutup api. Siap untuk dihidang!
Beruntungnya jika anda duduk di Pahang kerana kesedapan ikan patin yang diternak dalam sangkar di sekitar Sungai Pahang menjadikannya berbeza berbanding ikan patin di tempat lain.
Walaupun tak berada di Pahang, anda masih boleh cuba resepi Ikan Patin Tempoyak ini yang ringkas dan kuahnya juga cukup memikat selera.
Senang cerita, suami pun boleh terpikat jika anda hidangkan Ikan Patin Tempoyak sebagai lauk pada hari ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Masri
Baca juga: Ikan Cencaru Masak Kicap, Cuba Sekali Terus Tak Pandang Lauk Lain
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…