cara masak etok

Tidak ramai yang tahu cara masak etok dengan betul agar hilang segala kotoran hitam yang melekat pada cengkerangnya.

Etok atau Etak ini sangat sinonim dengan masyarakat Kelantan kerana ia adalah kudapan khas ketika menikmati nasi kerabu.

Selain itu, etok juga boleh menjadi penambah selera kerana rasanya yang lemak manis, sedap sungguh! Ada juga yang menikmati etok begitu sahaja.

Etok sedap dimasak dalam beberapa cara antaranya gulai lemak putih, singgang, salai, dan goreng berempah. Paling popular adalah dimasak secara salai.

Sebelum dimasak, etok perlu dicuci dengan betul supaya hilang segala kotoran hitam dan rasa air ‘sungai’ yang busuk. 

Baca juga: Cara Cuci Kerang Tanpa Sental Satu Persatu, Jimat Tenaga Nak Buat!

TIPS CUCI & CARA MASAK ETOK

Langkah Pertama

Letakkan etok ke dalam penapis. Siram etok dengan air sambil menggosok dengan tangan. Gosok beberapa minit untuk menghilangkan segala kotoran yang melekat pada kulit etok.

Langkah Kedua

Seterusnya, rendam penapis berisi etok ke dalam besen berisi air sambil menggosok etok dengan tangan. Gosok beberapa seketika untuk menghilangkan segala kotoran yang masih melekat pada kulit etok.

Langkah Ketiga

Keluarkan penapis dari besen dan siram dengan air seperti pada langkah pertama sambil menggosok etok untuk menghilangkan sisa kotoran yang masih ada.

Video penuh:

Sumber dan kredit gambar: TikTok @wanrahim515, Bicara mentari

Baca juga: Cara Cuci Cendawan Sisir Yang Betul, Baru Tak Rasa Hapak Kayu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN