Cara makan budu supaya rasa lebih padu bukan sekadar menuangkan dari botol. Anda perlu mencampurkan budu dengan beberapa bahan lain.
Bahan tersebut antaranya adalah bawang merah, cili api, bunga kantan, serai serta perahan limau nipis untuk rasa yang lebih mantap dan seimbang.
Jika anda tidak menyukai budu, cuba cara ini pasti akan bertambah-tambah nasi sampai berpinggan-pinggan! Siapa sangka budu boleh jadi begitu sedap?
Oleh itu, kalau ada yang ingin membuat budu supaya lebih sedap, lihat cara-cara yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook di bawah.
Baca juga: Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Paling ‘Simple’, Tapi Sedap Yakmat!
Bahan-bahan hiris:
Cara penyediaan:
1. Hiris bawang merah, cili api, bunga kantan, dan serai dengan halus.
2. Campurkan semua bahan yang telah dihiris bersama budu dalam satu mangkuk.
3. Akhir sekali, perah air limau nipis ke dalam campuran tersebut. Gaul rata hingga sebati.
Dengan cara ini, budu anda akan mempunyai rasa yang lebih segar dan enak. Bahan-bahan seperti bunga kantan dan serai menambah aroma yang wangi, manakala cili api memberikan sedikit kepedasan yang menyelerakan. Perahan limau nipis pula memberikan rasa masam yang seimbang dengan kemasinan budu.
Berikut merupakan khasiat budu:
Sumber: Siti Zanariah
Baca juga: Resipi Budu Tumis Kelantan, Makan Dengan Nasi Putih Pun Sedap!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…