cara makan budu

Cara makan budu supaya rasa lebih padu bukan sekadar menuangkan dari botol. Anda perlu mencampurkan budu dengan beberapa bahan lain.

Bahan tersebut antaranya adalah bawang merah, cili api, bunga kantan, serai serta perahan limau nipis untuk rasa yang lebih mantap dan seimbang.

Jika anda tidak menyukai budu, cuba cara ini pasti akan bertambah-tambah nasi sampai berpinggan-pinggan! Siapa sangka budu boleh jadi begitu sedap?

Oleh itu, kalau ada yang ingin membuat budu supaya lebih sedap, lihat cara-cara yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook di bawah.

Baca juga: Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Paling ‘Simple’, Tapi Sedap Yakmat!

CARA MAKAN BUDU SUPAYA LEBIH SEDAP

cara makan budu

Bahan-bahan hiris:

Cara penyediaan:

1. Hiris bawang merah, cili api, bunga kantan, dan serai dengan halus.

2. Campurkan semua bahan yang telah dihiris bersama budu dalam satu mangkuk.

cara makan budu

3. Akhir sekali, perah air limau nipis ke dalam campuran tersebut. Gaul rata hingga sebati.

Dengan cara ini, budu anda akan mempunyai rasa yang lebih segar dan enak. Bahan-bahan seperti bunga kantan dan serai menambah aroma yang wangi, manakala cili api memberikan sedikit kepedasan yang menyelerakan. Perahan limau nipis pula memberikan rasa masam yang seimbang dengan kemasinan budu.

KHASIAT BUDU

Berikut merupakan khasiat budu:

  • Probiotik semulajadi: Menjaga keseimbangan mikroflora usus, baik untuk pencernaan.
  • Tinggi protein dan asid amino: Penting untuk pembinaan tisu badan dan penghasilan hormon.
  • Kaya nutrien: Mengandungi vitamin B12, A, kalsium, dan zat besi.
  • Meningkatkan sistem imun: Membantu melawan patogen dan memperkuat pertahanan badan.
  • Kesihatan jantung: Omega-3 membantu mengurangkan keradangan dan tekanan darah.
  • Membantu penurunan berat badan: Protein tinggi meningkatkan rasa kenyang.

Sumber: Siti Zanariah

Baca juga: Resipi Budu Tumis Kelantan, Makan Dengan Nasi Putih Pun Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN