Categories: Resipi

Cara Terpantas Kupas Bawang Merah, Boleh Tarik Kulit Macam Selaput!

“Ada tak cara kupas bawang dengan cepat? Paling malas bab kupas bawang ni setiap kali nak masak..”

Ramai yang menganggap aktiviti di dapur sesuatu yang leceh. Lebih-lebih lagi bab menyediakan bahan untuk memasak.

Biasanya perkara yang paling malas dilakukan adalah mengupas bawang kerana memerlukan ketelitian disebabkan oleh kulit bawang sangat nipis.

Selain itu, mata juga boleh menjadi pedih ketika sedang mengupas bawang. Sampai meleleh air mata!

Tidak perlu risau lagi, menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok bernama @awangdapur, dia ada mendedahkan tips kupas bawang dengan cara yang terpantas.

Baca juga: Cara Kupas Manggis Tanpa Kotorkan Tangan, Lelaki Ini Tunjuk Ajar

CARA KUPAS BAWANG DENGAN CEPAT

Berikut merupakan langkah-langkahnya:

  1. Ambil sebiji mangkuk, masukkan semua bawang.
  2. Tuangkan air yang mendidih sehingga semua bawang tenggelam. Biarkan bawang berendam selama beberapa minit. Selepas itu, buang air di dalam mangkuk.
  3. Tak perlu tunggu kering, boleh terus potong bahagian atas dan bawah bawang.
  4. Hasilnya, kulit bawang lebih mudah dipisah dari bawang. Boleh terus tarik kulit bawang dan ia akan terus tercabut seperti selaput.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Tiktok @awangdapur

Baca juga: Tak Perlu Rendam Air Semalaman, Ini Cara Rebus Kacang Merah Agar Cepat Empuk!

Baca juga: Petua Kacang Hijau Cepat Lembut Tanpa Perlu Rendam & Rebus Lama. Ikut Je Cara Ni!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago