Buat anda yang bakal memasak untuk rumah terbuka atau jamuan raya, pasti akan pening kepala memikirkan kuantiti bahan yang perlu dibeli. Risau jika bahan yang dibeli tidak cukup untuk semua tetamu.
Usah risau lagi, anda boleh rujuk cara kiraan bahan untuk masak jamuan di bawah yang boleh dijadikan panduan.
Anggaran ini biasanya digunakan jika makanan tersebut akan dibungkus dalam bekas, bukannya dihidangkan secara jamuan layan diri.
Jika mahu gunakan anggaran ini untuk jamuan, boleh lebihkan jumlah tersebut jika risau tidak mencukupi.
Bagi mi kuning, mihun, kuetiau dan spageti pula, kiraan di bawah digunakan apabila dicampur bersama lain seperti ayam, sayur-sayuran, bebola dan sebagainya.
Baca juga: 30 Idea Menu Open House Raya, Semuanya Sedap-Sedap Belaka!
KIRAAN BAHAN MASAK UNTUK JAMUAN RAYA
1. Ayam
Seekor ayam seberat 1.5 kilogram hingga 1.7 kilogram yang dipotong 10, sesuai untuk 10 orang makan.
2. Daging
1 kilogram daging pula bersamaan dengan 8 orang makan.
3. Pulut Untuk Jamuan Raya
1 kilogram pulut cukup untuk 10 orang makan.
4. Mi kuning
Satu bungkus mi kuning 450 gram sesuai untuk 4 orang makan. Kiraan ini boleh digunakan juga untuk kuetiau.
5. Mihun
Sepeket bihun dengan berat 400 gram pula cukup untuk 8 hingga 10 orang makan.
6. Beras Untuk Jamuan Raya
1 kilogram beras bersamaan 10 orang makan.
7. Spageti
Spageti kering seberat 500 gram sesuai untuk 7 hingga 8 orang makan.
Sumber: Lemon8 @NorbayaDahalan
Baca juga: Himpunan Resipi Menu Raya Untuk Rumah Terbuka, Mudah Dan Ringkas!