Ramai orang suka makan pedas dan sering menikmatinya berulang kali, walaupun kadangkala menyebabkan lidah terasa kebas. Namun, tahukah anda cara untuk hilangkan rasa pedas tanpa perlu minum air kosong?
Sebenarnya, minum air kosong boleh menyebabkan rasa pedas itu semakin kuat dan hanya memberikan kelegaan untuk seketika sahaja. Jadi, jika anda ingin tahu cara mengurangkan rasa pedas, jom ikuti petua-petua di bawah ini.
Baca juga: 10 Bahan Pengganti Garam Agar Masakan Lebih Sihat, Tetap Sedap & Cukup Rasa!
1. Gula
Jika terasa pedas, jangan minum air. Capsaicinoid dalam cili adalah berbahan minyak dan tidak dapat dihilangkan dengan air. Sebaliknya, cuba satu sudu teh gula atau madu untuk mengurangkan rasa pedas. Gula dapat memberikan rasa manis yang mengimbangi kepedasan.
2. Nasi Putih Atau Roti
Nasi atau roti putih boleh menyerap rasa terbakar yang disebabkan oleh capsaicinoid, membantu meredakan kepedasan di mulut. Selain itu, pisang juga boleh membantu mengurangkan rasa pedas yang anda alami.
3. Minyak Sayur
Cuba letakkan sedikit minyak sayur atau minyak zaitun pada lidah. Minyak membantu melarutkan capsaicin, memberi kesan yang lebih cepat dalam mengurangkan rasa pedas.
4. Minuman Masam
Minuman seperti jus lemon dan jus tomato juga berkesan untuk mengatasi kepedasan. Asid dalam minuman ini dapat membantu menetralkan rasa pedas, memberikan kelegaan segera.
5. Minum Susu
Protein dalam susu dapat menghilangkan rasa pedas dari cili. Susu mengandungi kasein yang berfungsi sebagai peneutral, membantu mengurangkan sensasi pedas di lidah.
Sumber: Vanilla Kismis
Baca juga: Cara Buat Serbuk Pati Ayam Homemade. Bebas Gula, Garam, MSG & Bahan Pengawet!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…