Categories: Tips & Petua

Jangan Ambil Mudah Bekas Makanan Berbau Busuk, Ini Petua Untuk Hilangkan

Jangan ambil mudah jika bekas makanan anda berbau busuk. Bau busuk tersebut mungkin disebabkan oleh bakteria yang membiak kerana sisa makanan atau minuman yang tidak dibasuh dengan bersih.

Oleh itu, pastikan bekas makanan dibasuh dengan bersih sebelum digunakan. Berikut beberapa tip dan petua yang sangat berguna untuk menghilangkan bau busuk.

Baca juga: Cara Simpan Gula Melaka Agar Tak Mudah Cair & Cepat Berkulat

CARA HILANGKAN BAU BUSUK BEKAS MAKANAN

1. MENGGUNAKAN SURAT KHABAR

Ramas dan renyukkan surat khabar lama di rumah anda. Sumbat ke dalam bekas makanan yang telah dicuci dan kering. Tutup penutupnya dan biarkan semalaman.

Keesokan harinya, bau yang melekat akan terserap ke dalam surat khabar. Jangan lupa untuk mencuci bekas tadi sebelum menggunakannya semula.

2. PERAHAN JUS LIMAU NIPIS ATAU LEMON

Perahkan limau nipis atau lemon untuk mengambil jusnya dan gosokkan limau nipis tadi ke seluruh bahagian dalam bekas makanan atau tupperware anda. Biarkan sekitar 4-5 minit sebelum anda bilas dengan air bersih.

Untuk pengetahuan anda, lemon bukan sahaja boleh menghilangkan bau busuk dalam tupperware tetapi ia juga boleh digunakan bersama garam untuk menghilangkan kotoran degil.

3. MENGGUNAKAN SERBUK TEH

Satu lagi bahan semulajadi yang boleh menyerap aroma dengan pantas ialah serbuh teh. Anda boleh menggunakan serbuk atau uncang teh yang telah digunakan ataupun belum.

Caranya mudah sahaja, cuma letakkan uncang teh ke dalam bekas yang telah dicuci dan tutup bekas anda serta biarkan selama semalaman.

4. MENGGUNAKAN GARAM

Taburkan secubit garam ke dalam bekas makanan yang telah dicuci. Tutup bekas tersebut dan biarkan ia selama 2-3 jam. Secara semula jadi, garam akan bertindak sebagai agen yang akan menyahkan bau busuk makanan atau minuman yang masih tertinggal dalam tupperware anda.

5. MENGGUNAKAN CUKA

Selain bahan-bahan di atas, cuka juga merupakan salah satu agen pencuci semulajadi yang sangat efektif. Setelah mencuci bekas makanan anda, tuangkan sedikit cuka biarkan selama 5-10 minit untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Kemudian, bilas bekas tadi dengan air bersih.

6. MENGGUNAKAN SERBUK PENAIK ATAU BAKING SODA

Baking soda sangat sesuai untuk digunakan kerana ia juga boleh bertindak sebagai agen penyerap bau yang sangat berkesan. Caranya ialah, campurkan sedikit serbuk penaik dengan air suam dna gosok pada bahagian dalam bekas tersebut. Biarkan seketika sebelum dibilas.

Jika masih berbau, rendam bekas makanan atau tupperware anda dalam larutan baking soda dan biarkan ia semalaman.

Sumber: Tupperware Billionaire

Baca juga: 10 Tip Hilangkan Bau Hanyir Ikan Pada Tangan, Berkesan!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago