Masalah lalat yang banyak di rumah sangat merimaskan. Hal ini menyebabkan ramai yang mencari cara halau lalat yang paling berkesan.
Lalat bukanlah hanya sekadar satu gangguan, tetapi ia juga membawa beberapa jenis bakteria atau virus penyebab penyakit.
Antara penyakit yang boleh dibawa bersama lalat seperti kolera, demam tifoid, disentri, jangkitan mata, keracunan makanan, E. coli dan tuberkulosis.
Selepas menghurung najis dan sampah, lalat akan datang kepada makanan pula. Oleh sebab itu, kita tak boleh biarkan lalat membiak dengan banyak di rumah.
Lebih-lebih lagi, mak-mak mestilah nakkan ketenangan semasa memasak di dapur. Jika lihat banyak lalat berterbangan, nak memasak pun hilang mood dibuatnya.
Jika ingin halau lalat dengan lebih berkesan, anda boleh gunakan petua yang dikongsikan oleh Mohamad Akmal Azemi di Facebook ini.
Baca juga: 7 Petua Nasi Impit Tahan Lama & Tak Cepat Berair, 3-4 Hari Pun Masih Elok!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Campurkan separuh cawan cuka, separuh cawan minyak zaitun, dan separuh cawan syampu bersama-sama.
2. Letakkan mangkuk di dapur dan tunggu serangga berkumpul padanya.
3. Biarkan campuran itu di luar selama beberapa jam atau sehingga anda rasa serangga telah ditangkap.
4. Ulangi jika perlu.
Campuran bahan-bahan ini akan menjadikan lalat tertarik dengan baunya, dan masuk ke dalam bekas tersebut. Anda boleh lihat sendiri perubahannya dalam masa 5 minit.
Petua ini biasanya digunakan oleh orang-orang pada masa dahulu. Dengan cara ini, takkan ada seekor lalat pun yang akan hinggap pada makanan anda.
Bukan saja digunakan untuk menghalau lalat, tetapi cara ini juga boleh digunakan untuk menghalau nyamuk dan serangga yang lain.
Jangan lupa untuk kongsikan petua yang menarik ini kepada keluarga dan kawan-kawan anda. Selamat mencuba!
Sumber: Mohamad Akmal Azemi
Baca juga: Tip Celur Bihun Yang Betul, Baru Tak Berlendir Dan Tahan Lama
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…