cara goreng popia

Nak tahu tak cara goreng popia supaya kekal rangup dan tidak berminyak selepas siap digoreng? Masih ramai yang ‘failed’ ketika menggoreng popia ini. Hasil popia yang digorengnya tidak rangup dan sangat berminyak.

Pelbagai resipi yang kita boleh buat dengan menggunakan kulit popia ini.  Contohnya popia cheese, popia goreng inti sayur, popia sira, popia inti carbonara dan sebagainya.

Oleh itu, jom kita praktikkan tips untuk menggoreng popia di bawah. Supaya hasil gorengan anda rangup dan garing!

Baca juga: Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Semula, Nombor 7 Paling Ramai Buat!

CARA GORENG POPIA SUPAYA KEKAL RANGUP & TIDAK BERMINYAK

cara goreng popia

1) Tos inti

Inti popia yang telah digoreng perlu ditos terlebih dahulu supaya tidak berair sebelum diisikan ke dalam kulit popia. Contohnya inti sayur, inti kentang, inti ayam, inti sardin dan sebagainya.

2) Jangan goreng inti

Selain tos inti yang sudah digoreng, ada cara yang lebih mudah. Jangan menggoreng inti yang mahu diletak di dalam kulit popia. Semasa menggoreng nanti, inti akan masak.

3) Teknik menggoreng

Sebelum mula menggoreng popia, minyak perlu dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan api yang kuat.

Apabila minyak kelihatan sudah panas, perlahankan atau sederhanakan api. Gorengan popia mesti tenggelam dan perlu terbalikkan popia dengan kerap supaya ia tidak hangus. Popia juga akan masak dengan sempurna dan rangup.

4) Guna bekas kedap udara

Untuk mengelakkan popia kita menjadi lemau, lembik dan masuk angin, cara yang terbaik adalah dengan meletakkan popia ke dalam bekas kedap udara.

Sumber: Hanee Othman, Crispy & Crunchy

Baca juga: 3 Cara Supaya Makanan Bergoreng Kurang Berminyak, Macam Ini Baru Sihat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN