Rupanya ada cara goreng ikan keli yang betul untuk mengelakkan ia meletup semasa proses menggoreng. Jika ikut tips ini juga, ikan keli akan lurus elok dan tidak meringkuk selepas digoreng.
Selepas ini tak perlu risau lagi jika ada yang nak goreng ikan keli di rumah. Dijamin tidak akan meletup jika anda praktikkan tips yang dikongsikan oleh Puan Rohayu Naura di bawah.
Baca juga: Masak Ikan Keli Guna Air Fryer, Hasilnya Garing Di Luar & ‘Moist’ Di Dalam!
CARA GORENG IKAN KELI SUPAYA TAK MELETUP
“Sedikit ilmu tak bagi meletup masa goreng ikan keli. Korang jangan terpedaya dengan ikan yang besar.
Jangan ambil ikan keli yang besar. Percaya la ikan keli besar sedap, isi dia liat. Pilih ikan keli yang kecil comey-comey saja ok.”
Cara-cara goreng ikan keli:
1. Ikan keli basuh dulu ala-ala kadar saja. Potong kepalanya, kemudian kelar macam dalam gambar. Selepas itu, letak tepung bandun dengan limau. Ramas-ramas bagi keluar lendir. Baru masuk sedikit air dan ramas lagi. Baru basuh bersih-bersih.
2. Bila dah bersih, letak garam dan kunyit. Sambil itu kalian dah boleh mula panaskan minyak.
3. Kemudian goreng macam biasa. Tak meletup.
4. Siap, kalian boleh makan dengan nasi dan tuang kicap. Ini akak masak sambal, kegemaran suami.
Sumber: Rohayu Naura
Baca juga: Wajib Buang ‘Benda’ Ini Untuk Elak Ikan Keli Hanyir & Berbau