Categories: Tips & Petua

Chef Kongsi Cara Goreng Ikan Bilis Rangup, Rupanya Kena Buat Macam Ini…

Menggoreng ikan bilis rangup ada petuanya! Salah satu rahsia yang berkesan adalah dengan menggoreng ikan bilis dua kali.

Hasilnya memang tidak mengecewakan, sangat rangup krup krap! Jika anda ingin menikmati ikan bilis yang rangup dan sedap, cubalah cara di bawah ini.

Baca juga: Sambal Ikan Bilis Rangup Guna 3 Bahan, Sedap Sampai Sorok Tak Nak Kongsi!

CARA GORENG IKAN BILIS GARING

Petua goreng ikan bilis ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Reyna Zain. Berikut merupakan cara-caranya:

“Betul apa yang chef itu katakan. Ikan bilis perlu digoreng dua kali untuk mendapatkan tekstur yang garing krup, krup, krup! Tak percaya? Cubalah sendiri. InsyaAllah, jadi!”

Caranya:

  1. Basuh ikan bilis sebelum digoreng untuk kali pertama.
  2. Apabila minyak sudah panas, goreng ikan bilis seperti biasa. Angkat dan toskan minyaknya seperti biasa. Biarkan sejuk sebentar.
  3. Untuk gorengan kali kedua, panaskan semula minyak yang sama. Setelah minyak benar-benar panas, masukkan semula ikan bilis yang telah digoreng kali pertama.
  4. Goreng sekejap sahaja (pada masa ini, anda boleh melihat struktur ikan bilis yang sudah mengembang). Angkat dan toskan minyaknya.
  5. Setelah sejuk, simpan ikan bilis dalam bekas yang kedap udara.

Selamat mencuba!

Kredit: Reyna Zain

Baca juga: Rahsia Cucur Ikan Bilis Garing Tapi Lembut Bila Dimakan, Bentuk Pun Tak Leper!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago