Jika sering menggunakan kuali non-stick, anda perlu tahu cara menjaganya dengan baik. Oleh itu, kami nak kongsikan cara cuci kuali non-stick untuk anda praktikkan di rumah.
Seiring zaman moden, kuali non-stick semakin popular digunakan sekarang kerana ia sangat membantu kerja memasak di dapur seperti menggoreng telur, membuat pancake dan sebagainya.
Buat pengetahuan anda, maksud non-stick pada kuali tersebut adalah merujuk kepada lapisan permukaan kuali yang dirancang untuk mencegah makanan melekat ke permukaannya.
Ramai yang tahu guna saja tapi tak pandai menjaganya dengan baik. Sebenarnya, anda hanya perlu tahu cara cuci kuali non-stick dengan betul supaya tahan lama.
Baru-baru ini, kami terjumpa satu cara cuci kuali non-stick yang sempurna dan anda pasti akan puas hati dengan hasilnya nanti. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Cara Hilangkan Karat Pada Gunting Dapur Sepantas 5 Minit, Bersih Macam Baru!
1. Jika ada kesan makanan yang melekat, anda perlu rendam kuali non-stick itu terlebih dahulu.
2. Selepas itu, gunakan sabun cuci pinggan yang berkualiti dan puas hati pada kuali non-stick.
3. Kemudian, pastikan gosok kuali non-stick dengan menggunakan span jenis yang lembut dan jangan sental guna span yang jenis menghakis bagi mengelakkan ia tercalar.
4. Seterusnya, anda boleh bilas kuali non-stick sehingga hilang kesan sabun dan bersih semuanya.
5. Akhir sekali, anda perlu lap kuali non-stick untuk keringkan supaya air tak melekat pada permukaannya.
Semasa memakai kuali non-tick untuk memasak di dapur, anda perlu gunakan dua jenis senduk yang sesuai iaitu silicon atau kayu untuk mengelakkannya daripada tercalar.
Jika tercalar, dikhuatiri fungsi kuali non-stick akan hilang dan makanan akan menjadi melekat seperti anda menggunakan kuali biasa.
Cara cuci kuali non-stick ini sangat membantu buat mereka yang selalu memakainya ketika memasak. Selain lebih tahan lama, ia juga tak cepat rosak dan anda boleh gunakan sepuasnya.
Semoga bermanfaat!
Sumber: wawadels
Baca juga: Cara Bersihkan Air Fryer Berminyak Tanpa Sental, Guna 2 Bahan Je Terus Berkilat!
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…