Tidak dinafikan bahawa air fryer ini sangat memudahkan kita semua untuk memasak. Bukan itu saja, hidangan juga lebih sihat kerana tidak perlu menggunakan minyak dan jika terpaksa guna, hanya dalam kuantiti yang sedikit. Dapur juga akan lebih kemas dan tidak bersepah kerana tiada percikan minyak seperti menggoreng dalam kuali biasa.
Namun, anda jangan tahu guna saja tapi tak tahu cara betul nak cuci air fryer. Rupanya ada cara yang betul untuk mencuci air fryer supaya ia betul-betul bersih agar tiada sisa makanan yang melekat pada jaring bakul air fryer.
Nak tahu caranya yang betul? Jom ikuti perkongsian oleh Amanda Tan di bawah. Semoga bermanfaat buat anda semua.
1. Pastikan air fryer betul-betul sejuk dan telah ditutup suis.
2. Keluarkan bakul jaring dan letak tepi.
3. Ambil tisu dan lap sisa-sisa minyak atau makanan yang ada di dalam bakul. Ia bertujuan untuk memudahkan anda untuk mencucinya. Kemudian, masukkan semula bakul jaring ke dalam bakul.
4. Kemudian, didihkan air di dalam periuk lain. Bila air dan menggelegak, tuangkan air panas ke dalam bakul air fryer. Ia untuk memudahkan sisa makanan yang melekat pada bakul jaring dapat tertanggal dengan lebih mudah.
Jangan gosok menggunakan span basuh pinggan untuk mengelakkan coating pada bakul jaring tertanggal. Rendam dalam 3 minit.
5. Masukkan 1 penutup cuka dan soda bikarbonat dalam suku daripada sudu. Kemudian, goncangkan seketika bakul air fryer anda. Cara ini untuk memudahkan sisa makanan pada jaring tertanggal. Rendam lagi dalam beberapa minit.
6. Sementara tunggu sisa makanan tertanggal, anda juga boleh menggunakan senduk kayu atau berus untuk membersihkan bahagian bakul jaring.
7. Selepas itu, buang air rendaman tadi. Elakkan daripada memegang bahagian handle air fryer anda, sebaiknya pegang pada sisi bakul ssahaja. Ambil sedikit sabun dan cuci bersih.
8. Cuci bakul air fryer seperti biasa. Cuci pada bahagian luar dan dalam. Bahagian hadapan cukup sekadar gosok dengan tangan untuk mengelakkan ia daripada tercalar.
9. Bilas bersih dengan air. Siap!
1. Simpan wayar dengan menolak ke dalam seperti di dalam gambar.
2. Baringkan air fryer dengan perlahan-lahan. Kemudian basahkan kain dengan air tanpa sabun. Pastikan kain dalam keadaan lembap dan tidak berair. Bersihkan elemen pemanas dan lapkan ia secara membulat.
4. Kemudian bersihkan semua bahagian dengan lembut. Lapkan juga pada bahagian luar. Barulah nampak cantik dan berkilat.
5. Siap!
Sumber: Amanda Tan
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…