Sesiapa pun akan hadapi masalah botol yang kedap udara dan sukar dibuka, jadi anda perlu belajar cara buka penutup botol yang mudah.
Bukan setakat buat kita hilang mood semasa memasak, malah penutup botol yang sukar dibuka boleh menjadikan kita bertambah stres dibuatnya.
Lebih-lebih lagi apabila kita sudah lapar dan nak cepat, mesti rasa nak marah jika tak berjaya buka penutup botol yang kedap udara ini.
Baca juga: Tips Jimat Minyak Masak Di Rumah Yang Berguna, Tak Cuba Memang Rugi!
Biasanya makanan seperti jem dan sos yang menggunakan botol berkedap udara dan tak dinafikan penutupnya memang sukar dibuka bagi memastikan isinya tahan lebih lama.
Sesetengah orang menyiram penutup dengan air panas atau rendam terus supaya ia mengembang dan mudah dibuka, tapi bagaimana jika tiada air pada waktu yang diperlukan?
Melalui perkongsian video di TikTok, mrichib telah tunjukkan cara buka penutup botol yang terlalu ketat dengan hanya menggunakan alatan di dapur saja. Jom kita tengok caranya!
1. Pastikan sekurang-kurangnya ada pisau mentega. Jika tiada, boleh guna sudu atau garfu.
2. Seterusnya, masukkan hujung pisau mentega di bawah penutup botol.
3. Selepas itu, terus lalukan di bawah penutup botol sambil mencungkil.
4. Kemudian, buat terus untuk cari spot yang sesuai dan anda akan terdengar bunyi seperti ‘pop’.
5. Setelah itu, anda boleh buka penutup botol seperti biasa dengan mudah. Siap!
Cara buka penutup botol ini amat berguna untuk dipraktikkan ketika tiada air panas, terutama apabila anda berada di luar seperti berkelah, barbeku, berkhemah dan sebagainya.
Jika ditanya kepada orang lain, kami yakin ramai akan jawab bahawa mereka sering membukanya dengan menggunakan air panas.
Selepas tahu cara ini, tak perlulah anda sediakan air panas lagi untuk membukanya. Jangan lupa untuk kongsikan tips ini kepada keluarga dan kawan-kawan anda.
Semoga bermanfaat!
Sumber: mrichib
Baca juga: Cara Bersihkan Air Fryer Berminyak Tanpa Sental, Guna 2 Bahan Je Terus Berkilat!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…