Categories: Resipi

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti butter, susu sejat, bawang putih dan daun kari, hidangan ini boleh disediakan sendiri di rumah.

Udang buttermilk cukup digemari kerana gabungan rasa lemak berkrim, sedikit manis dan aroma daun kari yang menaikkan selera. Tambahan pula, penggunaan cili padi memberikan sedikit rasa pedas yang membuatkan kuahnya lebih menarik.

Lebih istimewa, udang perlu disalut dengan tepung dan digoreng terlebih dahulu sebelum digaul bersama kuah buttermilk. Hasilnya, udang terasa rangup di luar dan disaluti kuah yang berkrim. Memang sesuai dimakan bersama nasi putih panas!

Baca juga: Resipi Sambal Tumis Udang Simple, Rahsia Isi Kekal Juicy & Kuah Pekat Bersalut Elok!

CARA BUAT UDANG BUTTERMILK

Bahan-bahan:

  • Udang secukupnya
  • 1 cawan tepung ayam goreng segera
  • Butter secukupnya
  • 3 tangkai daun kari
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 biji cili padi (dihiris)
  • 1 tin susu sejat
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk pati ayam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan udang terlebih dahulu dan toskan sehingga kering.
  2. Salut udang dengan tepung ayam goreng segera sehingga rata.
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Dalam kuali lain, cairkan butter secukupnya.
  5. Masukkan bawang putih yang telah dicincang dan tumis sehingga naik bau.
  6. Masukkan daun kari dan cili padi. Kacau sehingga daun kari layu dan aromanya naik.
  7. Tuangkan susu sejat dan kacau perlahan sehingga sebati.
  8. Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan gula mengikut citarasa.
  9. Biarkan kuah mereneh seketika sehingga sedikit pekat.
  10. Masukkan udang goreng tadi dan gaul sehingga semua udang bersalut dengan kuah buttermilk.
  11. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Tip: Jika suka kuah yang lebih pekat, biarkan susu sejat mereneh sedikit lama dengan api perlahan. Masukkan udang goreng pada peringkat akhir supaya salutan tepung tidak terlalu lembik.

Sumber: Hana Ramli

Baca juga: Resepi Sambal Tumis Udang Guna Pes Segera, Tak Perlu Renyah Untuk Makan Tengah Hari!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

36 minutes ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

2 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

3 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

3 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

3 hours ago

Teringin Kai See Hor Fun Ipoh? Ini Resipi Buat Kuah Sup Jernih Dengan Rasa Udang Yang Padu!

Kai See Hor Fun merupakan hidangan mi berkuah yang cukup popular di Ipoh, Perak. Hidangan…

5 hours ago