Categories: Tips & Petua

Chef Dedah Rahsia Buat Sup Tulang Paling ‘Power’, Hasil Kuah Jernih, Berlemak & Penuh Jiwa!

Setiap kali teringat sup tulang, pasti terbayang kuahnya yang panas-panas dan cukup beraroma. Sebenarnya, ada tips dan cara buat sup tulang untuk dapat hasil yang padu.

Sup tulang ialah sejenis hidangan berkuah yang diperbuat daripada tulang dan daging (biasanya lembu atau kambing) yang direbus lama bersama pelbagai rempah dan bahan aromatik hingga menghasilkan kuah yang kaya, berperisa dan berlemak.

Buat anda yang mahukan hasil kuah jernih, berlemak dan padu, boleh ikut tips dan cara buat sup tulang yang dikongsikan oleh Chef Amer di Facebook ini.

Baca juga: Tips Masak Daging Korban Supaya Empuk & Wangi, Confirm Sedap Bila Makan!

CARA BUAT SUP TULANG PALING POWER

1. Pemilihan tulang atau daging.

Gunakan tulang lembu bahagian lutut (gearbox), tulang rusuk, tulang leher atau tulang sum-sum kerana bahagian ini menghasilkan sup berlemak dan kaya kolagen.

2. Proses blanching (cuci darah dan kekotoran).

Rebus tulang selama 5 hingga 8 minit dan buang airnya. Ini penting untuk dapatkan kuah jernih dan tak berbau ‘kandang’.

3. Tumis rempah dan pes sup.

Gunakan pes sup yang diadun khas seperti bawang besar, bawang putih, halia, rempah sup sangai (lada hitam, jintan manis, ketumbar) dan herba pilihan seperti bunga lawang dan kulit kayu manis. Tumis sampai pecah minyak, rempah naik bau dan warna pes bertukar perang keemasan.

4. Mereneh (simmering) lama:

Masukkan tulang dan air secukupnya. Reneh sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam pada api perlahan. Ini penting untuk:

  • Ekstrak kolagen dan gelatin daripada tulang.
  • Daging jadi lembut dan senang luruh dari tulang.
  • Kuah jadi pekat dan ada rasa umami semula jadi.

5. Teknik klarifikasi (jika nak sup jernih).

Jika nak kuah jernih, gunakan teknik tapis dan buang buih semasa mereneh. Ada juga teknik egg white raft untuk tapis kekotoran halus (advanced level).

6. Perasa akhir.

Masukkan garam, sedikit serbuk lada putih dan daun sup. Tambah air limau nipis jika nak sentuhan masam ringan.

7. Penyajian.

Hidangkan dengan tulang besar berasap panas, ditabur daun bawang, bawang goreng dan sambal kicap untuk sentuhan pedas.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Chef Amer

Baca juga: Tips Masak Pulut Kuning Tahan Lama & Tak Mudah Basi, Sampai Esok Masih Berkilat!

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago