cara buat sup telur

Kadang-kadang kita semua mahukan menu yang cepat dan mudah, tetapi tetap sedap. Jadi, cara buat sup telur simple ini memang penyelamat untuk hari yang sibuk.

Dengan resipi ini, anda boleh buat sup telur sedap menggunakan bahan asas yang selalu ada di rumah. Tak perlukan masa banyak untuk dimasak, anak kenyang dan badan pun tak penat.

Selain itu, resipi ini fleksibel dan boleh diubah suai mengikut citarasa keluarga. Untuk versi dewasa, boleh tambah ikan goreng kunyit atau cili sebagai pelengkap hidangan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sup Ayam Sedap Versi Chef Anis Nabilah, Kuah Takkan Hijau Kalau Ikut Cara Ini

CARA BUAT SUP TELUR SIMPLE

cara buat sup telur

Bahan-bahan:

  • Air secukupnya
  • 1 hingga 3 biji telur
  • Bawang putih (ditumbuk lumat)
  • Serbuk perasa (pilihan, tak perlu tambah garam kalau guna serbuk perasa)
  • Sayur sawi atau lobak merah (pilihan, tapi digalakkan untuk vitamin tambahan)

*Tip: telur boleh disesuaikan ikut bilangan orang yang nak makan.

Cara-cara memasak:

1. Masukkan air dalam periuk dan tambah bawang putih yang ditumbuk lumat. Biarkan air mendidih perlahan-lahan supaya bau bawang keluar dan sup lebih sedap.

2. Tambahkan serbuk perasa ke dalam air sebelum masukkan telur. Kacau sebati. Sup telur tidak boleh dikacau setelah telur dimasukkan, jadi rasa perlu sudah ada.

3. Pecahkan telur terus ke dalam air mendidih. Jangan kacau, biarkan telur masak sendiri dengan api perlahan. Telur akan menjadi lembut dan cantik.

4. Sayur seperti sawi atau lobak merah boleh dimasukkan di akhir. Biarkan seketika supaya sayur masak tapi masih rangup.

Dengan resipi ini, anda sudah tahu cara buat sup telur simple tapi sedap di rumah. Jadi, tak perlulah risau kalau anak lapar atau penat di dapur lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Selipar Putus

Baca juga: Cara Masak Sup Suhun Telur Sedap Dan Sihat, Tetap Kenyang Walau Tanpa Nasi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN