PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-17 04:24:44

Spaghetti Bolognese sememangnya merupakan makanan Itali yang cukup digemari oleh ramai orang, tidak hairanlah kalau pergi ke pasaraya pasti sos segera Bolognese ini akan laku terjual. Sebenarnya, korang masih boleh buat sos Bolognese ini tanpa memerlukan sos segera pun! Jom ikuti perkongsian dari Wanie Dazar menerusi laman Facebook.


Kredit: Wanie Dazar
 

Bahan-bahan:

  • 400gm Spaghetti/Macaroni (untuk resipi ini, saya gunakan macaroni)
  • Olive oil (untuk menumis)
  • 400gm daging cincang
  • 1 labu bawang holland (dipotong dadu)
  • 1 tin tomato puri (nak pedas tambah cili kering kisar sikit kalau nak ikut tekak sendiri yang suka pedas la)
  • 1 tin hirisan cendawan butang (optional)
  • 1 sudu besar Oregano Flakes
  • 1/2 sudu Serbuk Blackpepper (nak lebih pun boleh)
  • 1 kiub pati ayam knorr (optional)
  • Garam & gula secukup rasa

 

Cara-caranya:

  1. Celurkan macaroni yang telah disediakan sehingga lembut dan masak. Kemudian, biarkan ia sejuk seketika.
     
  2. Tumis bawang holland yang sudah dipotong dadu tadi dengan sedikit minyak. Tumis sehingga naik bau. Kalau inginkan rasa-rasa pedas, boleh masukkan sedikit cili kisar.


    Kredit: Wanie Dazar
     

  3. Kemudian, masukkan daging kisar yang sudah dibasuh dan dibuang darahnya.


    Kredit: Wanie Dazar
     

  4. Kerap gaulkan sehingga air daging semakin kering dan agak garing.


    Kredit: Wanie Dazar
     

  5. Kemudian, masukkan tomato puri dan kacaukan bahan tumis sehingga rata dan sebati. Biarkan ia masak seketika.


    Kredit: Wanie Dazar
     

  6. Setelah cukup masak, tambahkan air rebusan daging ataupun 1 cawan air.


    Kredit: Wanie Dazar
     

  7. Masukkan blackpepper, oregano, garam dan gula dan gaulkan sehingga rata dan sebati.


    Kredit: Wanie Dazar
     

  8. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan cendawan butang.


    Kredit: Wanie Dazar

Siap untuk dimakan bersama spaghetti atau macaroni! Selamat mencuba!


Kredit: Wanie Dazar

 
G
M
T
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
Text-to-speech function is limited to 200 characters
 
 
Options : History : Feedback : Donate Close

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN