Siapa yang suka makan ayam mangga? Nak buat ayam goreng senang saja, mangga pula tinggal parut je. Tinggal satu lagi bahan yang sos ayam mangga.
Rupanya mudah sangat cara nak buat sos ayam mangga homemade macam kat kedai tu. Bila dah pandai buat sendiri, boleh buat jual pula.
Resipi hasil perkongsian oleh Cikgu Afy AL Habibi ini telah mendapat ribuan shares di laman sosial Facebook. Jom cuba!
Wajib guna jenama seperti yang cikgu tunjukkan untuk rasa yang menyengat.
Perhatian: Garam, gula @ nisse tidak diperlukan seperti bahan yang tersedia dalam gambar.
1. 8 tangkai cili padi dikisar bersama 2 labu bawang putih jeruk (dibuang kulit dan tangkainya).
2. Kisar bersama air dalam bawang jeruk. Kisaran sedikit halus.
3. Dalam periuk, masukkan 5 senduk sos Thai. (tak perlu buka api lagi)
4. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
5. Tuang segelas air.
6. Perahkan sebiji lemon tanpa biji. Pasang api dapur paling perlahan.
7. Kemudian masukkan satu sudu besar kicap pekat (tak penuh). Nanti agak-agak sebab kita tak nak kuahnya terlalu gelap warnanya.
8. Untuk memekatkan kuah, masukkan campuran 1/2 sudu besar tepung jagung dan 1/3 cawan air kosong.
9. Kacau sehingga kuah mendidih sebelum ditutup api. Jika terlalu pekat, bolehlah ditambahkan lagi sedikit air.
*tak perlu tambah garam gula sebab sos pencicah tu memang secukup rasa dengan kuantiti yang cikgu gunakan*
10. Bahan-bahan lengkap untuk menyediakan colek ayam.
11. Hidangan colek ayam kita.
Kredit: Afy AL Habibi
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…