Sambal totok Jawa antara hidangan yang sesuai dijadikan pelengkap makanan, terutama bagi penggemar sambal pedas. Gabungan cili padi, bawang merah dan ikan bilis menghasilkan rasa pedas serta masin yang cukup menyelerakan apabila dinikmati bersama nasi panas.
Keistimewaan sambal ini terletak pada cara penyediaannya yang menggunakan bahan goreng sebelum ditumbuk kasar. Tekstur sambal yang tidak terlalu halus memberikan rasa yang lebih menarik, ditambah pula dengan ikan bilis rangup dalam setiap suapan.
Kalau suka sambal homemade yang mudah disediakan, resipi sambal totok Jawa ini boleh dicuba di rumah. Bahan-bahannya ringkas dan cara membuatnya pun tidak rumit. Sukatan bahan boleh disesuaikan mengikut tahap kepedasan dan jumlah sambal yang ingin disediakan.
Baca juga: Sambal Belacan Kisar Ini Mudah Sangat Dibuat, Tak Perlu Masak Tapi Rasanya Memang Padu!
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
Tip: Jika suka sambal yang lebih pedas, tambahkan cili padi mengikut cita rasa. Pastikan ikan bilis digoreng sehingga garing supaya teksturnya lebih rangup apabila dicampurkan ke dalam sambal.
Sumber: Ain Ahmad’s
Baca juga: Cara Kurangkan Pedas Cili Kering, Tak Perlu Risau Kalau Rasa Sambal Terlalu ‘Menyengat’!
Kuih bebola bijan Vietnam merupakan kuih yang hampir serupa dengan kuih bom di Malaysia. Kedua-duanya…
Bagi penggemar resipi laksa sardin, kuah yang pekat, cukup rasa dan mempunyai aroma tersendiri sememangnya…
Pernah teringat gulai daging yang dihidangkan ketika kenduri kahwin zaman dahulu? Resipi masak gulai daging…
Nak sediakan kudapan mudah untuk sarapan atau minum petang? Resipi cucur crab stick rangup ini…
Bihun sup tumis sesuai dijadikan sarapan ketika hujan, terutama apabila teringin menikmati hidangan berkuah panas.…
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…