Categories: Resipi

Cara Buat Roti Boy Guna Roti Keping, Tak Perlu Uli Doh

Rupanya mudah saja cara buat roti boy macam beli di kedai. Tak perlu buah doh roti, guna roti keping pun boleh.

Memang ramai penggemar roti ini kan? Maklumlah, bau roti boy memang menusuk kalbu, tiap lalu depan kedai roti ini mesti akan berhenti dan beli.

Jadi, kalau ada banyak lebihan roti kat rumah, boleh cuba resipi di bawah. Confirm laku keras, sekejap dah lesap.

Baca juga: Resipi Roti John Homemade, Confirm Lagi Puas Hati Boleh Letak Inti Bertimbun!

CARA BUAT ROTI BOY GUNA ROTI KEPING

Bahan-bahan topping:

  • 4 tsp instant coffee
  • 2 tsp air panas
  • 1 biji telur
  • 70 gram gula aising
  • 80 gram tepung gandum
  • 80 gram butter

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan-bahan topping kecuali butter.

2. Bila dah sebati, baru masukkan butter dan adun sebati.

3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.

4. Paipkan adunan ke atas roti yang telah disusun di atas loyang pembakar.

5. Bakar pada suhu 100 darjah celsius menggunakan api atas sahaja selama 20-30 minit (bergantung kepada oven masing-massing) supaya topping masak dengan sempurna dan roti masih lembut.

6. Dah siap, makan panas-panas sedap!

Lihat video penuh:

@yayaamirul

semalam nak makan rotiboy tapi dah petang jadi takdanya nak uli doh, kita buat rotiboy express! 🤍 #rotiboy #cookingtiktok #minivlogs

♬ One Way Ticket (To The Blues) – Tanja Thomas

Kredit: TikTok @yayaamirul

Baca juga: Cara Buat Donut Susu Tanpa Telur ‘Viral’, Tapi Tetap Lembut & Gebu

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago