cara buat rendang ayam

Kalau anda nak belajar cara buat rendang ayam, jom cuba resipi versi tanpa bawang putih dan empat sekawan ini. Hasilnya tetap sedap, pekat, berlemak dan cukup rasa.

Bahan-bahannya mudah didapati dan tak terlalu banyak, menjadikan resipi ini sesuai dimasak bila-bila masa. Aroma yang wangi pasti buat seluruh keluarga teruja untuk menikmati hidangan.

Bagi yang ingin mencuba resipi rendang versi ringkas ini, jom semak resipi penuh yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Husnatul Layla di bawah.

Baca juga: Cara Masak Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, Kegemaran Satu Keluarga!

CARA BUAT RENDANG AYAM

cara buat rendang ayam

Bahan-bahan:

  • Ayam (digoreng sekejap, gaul dengan garam dan kunyit)

Bahan kisar:

  • Bawang besar 4 biji (disarankan guna bawang ros untuk rasa lebih manis)
  • Lengkuas 2 inci
  • Serai 4 batang
  • Halia 1 inci
  • Cabai kering segenggam (dikisar berasingan)

Bahan lain:

  • Santan secukupnya
  • Kerisik (lagi banyak lagi sedap)
  • Asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Daun kunyit
  • Daun limau purut

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga betul-betul garing dan naik bau. Apabila bahan sudah masak, masukkan cabai kering yang telah dikisar. Teruskan menumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata bersama bahan tumisan. Kemudian tuangkan santan dan masukkan kerisik mengikut tahap kepekatan yang disukai. Kacau perlahan dan masak dengan api sederhana.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan asam keping. Teruskan memasak sehingga kuah rendang menjadi pekat dan kering mengikut selera.
  4. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan daun limau purut yang telah diracik halus. Gaul sebati dan biarkan rendang mereneh seketika sebelum ditutup api.

Sumber: Husnatul Layla

Baca juga: Resipi Rendang Ikan Tongkol Yang Lain Dari Lain, Nikmatnya Buat Makan Bertambah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN