Categories: Resipi

Cara Buat Puding Trifle Yang Cantik & Sedap, Best Makan Sejuk-Sejuk!

Macam-macam resipi puding ada sekarang ni. Tapi kalian pernah cuba tak buat puding trifle? Rasa puding ini sangat sedap, rupa dia pun sangat cantik sebab ada campuran kek gulung, kastard dan campuran buah.

Resipi ini juga sangat mudah untuk dibuat. Hanya menggunakan beberapa jenis bahan sahaja. Nak lagi sedap, kena makan sejuk-sejuk. Buat pencuci mulut untuk rumah terbuka pun boleh juga.

Ramai dah cuba resipi ni, memang puas hati! Kalian pun boleh cuba buat nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Khairul Izhar di bawah.

RESIPI PUDING TRIFLE MUDAH & SEDAP

Bahan-bahan:

  • Kek gulung
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin mix fruit
  • 1 kotak jelly cristal
  • 3 sudu tepung castard
  • 4 sudu gula

Cara-cara:

  1. Potong kek gulung. Kemudian susun dalam bekas dan tekan sedikit sehingga mampat.
  2. Asingkan buah-buahan dalam tin dari airnya.
  3. Dalam periuk, masukkan 1 tin susu cair dan 1 tin air.
  4. Kemudian masukkan gula dan tepung kastard.
  5. Kacau sampai sebati sehingga tepung kastard tidak berketul-ketul.
  6. Kemudian baru masakkan atas api kecil sambil kacau sehingga ada letup-letup kecil tu baru tutup api.
  7. Tuangkan kastard ke atas kek gulung tadi dan ratakan.
  8. Agak-agak bila kastard sudah hampir mengeras, susun buah-buahan atas kastard. Tekan-tekan sikit buah koktel guna sudu biar separuh tenggelam masuk ke lapisan kastard.

  9. Kemudian tuangkan jelly. Cara nak masak jelly macam ni, campurkan serbuk jelly dengan 400ml air. Masak sehingga larut dan mendidih. Kalau guna dua kotak, hanya gandakan kuantiti air.

  10. Tutup bekas dengan penutup. Simpan dalam chiller. Lagi sejuk lagi sedap. Selamat mencuba!

Kredit: Khairul Izhar

Baca juga: Cara Buat Puding Karamel Yang Sedap & Tak Berongga

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 days ago