Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Pasti anda akan tercari-cari resipi pencuci mulut untuk berbuka puasa. Salah satu resipi yang boleh anda cuba adalah resipi puding strawberry.
Sedap makan sejuk-sejuk, nikmat dia memang lain macam lebih lagi jika dimakan semasa berbuka puasa.
Bahan dan cara penyenyediaannya juga tidak susah mana. Ikut saja cara-cara yang dikongsikan oleh Encik Muhammad Ali di bawah.
RESIPI PUDING STRAWBERRY
Bahan-bahan lapisan pertama:
- 1 paket serbuk agar-agar (10 gram)
- 3 cawan air (1 cawan = 250ml)
- 1 cawan dairy whipping cream
- 220 gram gula
- Sirap
- Secubit garam
- Strawberry dipotong dadu
Bahan-bahan lapisan kedua:
- 5 gram serbuk agar-agar
- 2 cawan air (1 cawan = 250ml)
- Satu titik pewarna sirap
- 60 gram gula
- Strawberry yang dihiris
Cara-cara:
1. Untuk lapisan pertama, dalam periuk masukkan 3 cawan air, 1 paket agar-agar dan 220g gula. Kacau sebati, bila dah sebati baru hidupkan api perlahan sahaja.
2. Kacau dalam seminit, kemudian masukkan 1 cawan dairy whipping cream atau susu cair. Kacau lagi sehingga mendidih dan biarkan mendidih selama lebih kurang seminit.
3. Tutup api, masukkan 1-2 titik pewarna sirap. Sebatikan. Tuangkan ke dalam loyang 8 inci.
4. Seterusnya masukkan strawberry yang dipotong dadu. Masukkan perlahan-lahan.
5. Biarkan di luar selama 10 minit, kemudian sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
6. Untuk lapisan kedua, masukkan 2 cawan air, 5 gram serbuk agar-agar dan 60 gram gula. Kacau sebati, bila dah sebati baru hidupkan api perlahan sahaja.
7. Kacau lagi sehingga mendidih dan biarkan mendidih selama lebih kurang seminit.
8. Tutup api, masukkan 1-2 titik pewarna sirap. Sebatikan.
9. Tapis dan sejukkan dulu selama 5 minit.
10. Ambil lapisan pertama tadi, cucuk atau lorek atasnya. Kemudian baru tuangkan lapisan kedua.
11. Tuang separuh dulu, kemudian letakkan strawberry yang telah dihiris. Tuangkan kembali lebihan adunan lapisan kedua sehingga strawberry tenggelam.
12. Sejukkan dalam peti ais selama 2 jam sebelum dimakan. Selamat mencuba!
Kredit: Muhammad Ali