Kalau pergi Chicken Rice Shop, mesti selalu order Pie Tee kan? Tapi tak puas makan bila beli 1 pinggan je, harga pun boleh tahan mahal kalau nak beli banyak. Rupanya kita boleh buat sendiri kat rumah, senang je rupanya. Buat sendiri boleh makan puas-puas!
RESIPI PIE TEE HOMEMADE
Untuk kulit, korang boleh pilih sama ada nak buat sendiri ataupun beli kulit pie tee segera. Kalau nak buat sendiri kulit tersebut, boleh ikut cara-cara di bawah.
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung beras
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 cawan air
- Secubit garam
- Sebiji telur
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak berketul menggunakan whisk.
- Panaskan minyak. C
- Celup acuan dalam adunan.
- Sedia untuk digoreng.
Bahan-bahan inti:
- Timun
- Sengkuang
- Carrot – disagat / hiris halus
- Tauge
- Isi udang
- Bawang putih & bawang merah – tumbuk
- Minyak
- Garam
Cara-cara:
- Tumis bawang. Masukkan isi udang.
- Masukkan pula sayur-sayuran. Gaul dan masak sekejap saja.
- Perasakan dengan garam, gaul rata.
- Siap!
Cara membuat sos:
- Kisar 8 tangkai cili merah, 2 ulas bawang putih, 1/4 cawan air, 1/4 cawan cuka, 4 sudu besar sos ikan, 1 cawan gula perang/gula melaka.
- Selepas siap dikisar, tuangkan ke dalam kuali dan masukkan gula secukupnya. Kacau rata. (jangan masak terlalu pekat, apabila sejuk sos semakin pekat).
Selamat mencuba!
Sumber: Twitter @iNerd__