Categories: Resepi

Cara Buat Pancake Paling Gebu & Lembut Walaupun Dah Sejuk

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-10-29 08:52:46

Bangun pagi-pagi tiba-tiba mengidam pulak pancake McDonalds. Agak-agak macam mana nak buat pancake macam tu eh? Sini nak bagitau korang yang pancake macam ni sebenarnya senang je nak buat. Makan kosong pun sedap, apatah lagi kalau dengan maple syrup atau nutella, atau dua-dua sekali. Tapi Admin tak menggalakkan korang buat macam tu lah. Nanti kencing manis. So jom kita ketahui cara buat pancake gebu dan lembut!

1. Asingkan Antara Bahan Kering & Basah

Photo Credit: altonbrown.com

Mulakan proses dengan menyatukan bahan-bahan kering iaitu tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam satu bekas. Gaul sehingga semua dicampur rata. Selepas itu ketepikan dulu.

Kemudian, buat benda yang sama untuk bahan basah iaitu susu, butter yang dah dicairkan, telur dan esen vanilla. Kacau sehingga semua bahan sebati. 

2. Campurkan Semua

Photo Credit: inspiredtaste.com

Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering kemudian gaul semua tapi JANGAN OVERMIX. Kalau ada sedikit ketul-ketulan yang tertinggal tak apa. Kalau overmix nanti pancake takkan jadi gebu.

3. Biarkan Adunan

Photo Credit: simplyscratch.com

Rehatkan adunan itu dalam bekas selama 15 minit sebelum mula masak. Biarkan semua bahan dalam adunan sebati.

4. Mula Masak

Photo Credit: rd.com

Panaskan satu non-stick pan atas dapur. Kalau guna pan biasa nanti susah nak masak. Pancake tu akan melekat dan pan akan jadi kotor. Dengan non-stick pan, bukan sahaja pancake takkan melekat tapi korang tak perlu letak minyak pun. Tuang adunan dan biarkan pancake sampai jadi gebu dan tukar warna keperangan. Bila nampak permukaan pancake jadi berbuih, boleh terbalikkan dan ulang proses.

5. Siap!

Photo Credit: onceuponachef.com

Apabila kedua-dua belah dah tukar keperangan, boleh angkat dan dihidang. Nak tambah rasa boleh letak maple syrup, Nutella ataupun juga buah. Ikut citarasa sendiri.

Sedap dan mudah. Tak sampai sejam pun semua proses. Bagi korang yang dah terliur, boleh cuba pagi-pagi. Semoga berjaya!

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago