
Selama ini asyik beli nugget segera di pasar raya, apa kata kali ini cuba buat sendiri? Ikut saja cara buat nugget ayam homemade yang kami kongsikan, mesti rangupnya puas hati.
Cara buat nugget ayam oleh Nur Amira di Facebook sangat mudah dibuat. Paling menarik, satu resipi boleh dapat sampai 25 biji nugget. Jom kita cuba!
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Hasil Dari Resepi Homemade Nugget Hanis Zalikha, Sedap Gebu!
CARA BUAT NUGGET AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan (untuk anggaran 20 hingga 25 biji nugget):
- 500g isi ayam (dada atau campur peha tanpa tulang)
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar (kecil pun boleh)
- 1 biji telur
- 3 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- ½ sudu kecil serbuk lada putih atau lada hitam
- ½ sudu kecil serbuk pati ayam (pilihan)
Bahan untuk salut:
- 1 biji telur (dipukul)
- Serbuk roti secukupnya
Cara-cara buat:
- Masukkan isi ayam, bawang putih, bawang besar, telur, garam, lada dan tepung dalam pengisar. Kisar sampai halus dan sebati.
- Ambil adunan, bentukkan ikut suka. Jika lembik sangat, boleh simpan dalam peti sejuk 15 hingga 20 minit dulu.
- Didihkan air, celupkan nugget mentah dalam air panas 1 hingga 2 minit (nak bagi ia pejal). Toskan dan sejukkan (langkah ini bagus jika nak sejuk beku lama.)
- Celupkan dalam telur, kemudian golek dalam serbuk roti sampai rata.
- Panaskan minyak sederhana banyak, goreng sampai kekuningan. Api jangan besar sangat nanti luar hangus dalam mentah.

Jika nak simpan, susun nugget yang sudah bersalut atas dulang, bekukan dulu selama 2 hingga 3 jam. Selepas itu baru simpan dalam bekas kedap udara atau ziplock, boleh tahan sampai 2 bulan dalam bahagian sejuk beku.
Tips sedap:
- Nak lebih berjus: tambah 1 sudu besar susu cair masa kisar.
- Nak lebih rasa: boleh letak sedikit keju parut dalam adunan.
- Untuk versi sihat: boleh bakar dalam air fryer 180°C selama 10 hingga 12 minit.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Amira
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Nugget Ayam Homemade, Tanpa Kukus Tapi Terbentuk Elok!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














