Sos cendawan atau mushroom gravy adalah sos masakan Barat yang paling terkenal selepas sos black pepper. Sos ini sangat sesuai dipadankan dengan masakan seperti steak, lamb chop, chicken chop dan bermacam-macam lagi.
Sos cendawan homemade ini akan dimasak dalam 3 peringkat, pertamanya kita buat kuah berperisa cendawan, kedua kita buat pemekat dengan menggunakan tepung dan mentega. Akhir sekali, kita gabungkan keduanya untuk menghasilkan sos.
Untuk mengetahui bahan-bahan dan cara penyediaannya yang lengkap, mari kita ikuti resipi oleh seorang pengguna Twitter bernama Mei.
Baca juga: Cara Buat ‘Pasta Carbonara Asli’ Setanding Macam Di Kafe Mewah
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Tuangkan minyak zaitun ke dalam kuali. Tumis cendawan bersama garam dan lada hitam hingga perang.
2. Masukkan bawang putih, kacau sebati dan ketepikan.
3. Dalam kuali lain, cairkan butter dan masukkan tepung. Kacau sehingga menggelagak.
4. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit beserta rosemary segar, soy sauce dan sos tiram. Kacau sehingga sebati.
5. Bila dah tak berketul, ubah suai mengikut kepekatan yang disukai.
6. Akhir sekali, boleh masukkan cendawan tadi. Gaul rata dan sedia untuk dituangkan ke atas kambing bakar, ayam bakar dan sebagainya. Selamat mencuba!
Kredit: Twitter @prettylupins
Baca juga: Resipi Hainanese Chicken Chop, Sos Tak Muak & Lagi Mantap Dari Biasa!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…