Categories: Resipi

Resipi Mee Kari Putih Yang Lain Dari Biasa, Sekali Sekala Tukar Selera Best Juga!

Cara buat mee kari putih ini berbeza dari mee kari biasa. Kalau belum pernah rasa, anda wajib cuba resipi ini! Mee kari putih ini memang unik kerana kuahnya tidak menggunakan cili atau rempah.

Apa yang lebih menarik, sambal cili disediakan berasingan, jadi anda boleh sesuaikan kepedasan mengikut cita rasa. Bila gaul kuah dengan sambal, anda juga boleh ‘adjust’ ikut selera sama ada suka kuah yang pekat atau lebih ringan.

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Masak Mi Kari Nyonya, Bertahun Guna Resipi Sama Tak Pernah Jemu!

CARA BUAT MEE KARI PUTIH (WHITE MEE CURRY)

Bahan-bahan sambal cili:

  • 4 sudu besar rempah kari daging
  • 5 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan, boleh kisar sendiri menggunakan cili kering yang direbus)
  • 2 ulas bawang besar (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1 sudu besar udang kering tanpa kulit (dikisar)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 1/2 cawan minyak

Cara buat sambal cili:

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda “kisar”. Anda boleh kisar sekali semua bahan ini.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis serai yang diketuk terlebih dahulu.
  3. Masukkan bahan kisar, rempah kari dan cili kisar ke dalam kuali. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masak sambal cili ini sehingga garing, pecah minyak dan pekat. Pastikan rasa manis dan pedas seimbang.

Bahan-bahan kuah putih:

  • Stok udang atau air rebusan kepala dan kulit udang yang telah ditapis (isi udang digunakan untuk hiasan di atas mee)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 2 inci lengkuas (ketuk)
  • 3 batang daun bawang
  • Fishball, fishcake dan tauhu kembong
  • 1 kotak santan (untuk lebih pekat, boleh tambah santan)
  • Garam, gula sedikit dan serbuk perasa

Cara buat kuah putih:

  1. Didihkan stok udang. Tambahkan sedikit air dan masukkan serai, lengkuas dan batang daun bawang. Renih selama kira-kira 30 minit.
  2. Setelah mendidih, masukkan santan dan kacau rata.
  3. Masukkan fishcake, fishball dan tauhu kembong. Taburkan daun bawang pada akhir sekali.
  4. Sementara itu, celur mee kuning, cuci dan tapis.
  5. Celur taugeh, isi udang, ketam beku, kacang panjang dan potong daun bawang.
  6. Hidangkan mee dengan bahan-bahan tersebut dan tuangkan kuah. Letakkan sambal di sisi sebagai pelengkap.

Sumber: Eny Yusnizar Abdullah

Baca juga: Mantap Betul Resipi ‘Mi Kari Siam’ Ini, Berpeluh Dahi Bila Makan

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago