Kadangkala tekak teringin makan lauk masam manis bersama nasi panas. Oleh itu, kami cadangkan anda buat lauk Masak Cuka Ikan pada hari ini.
Lauk Masak Cuka Ikan ini boleh dikategorikan sebagai hidangan yang cukup sinonim dengan masakan orang lama dan sering dijadikan sebagai lauk berpantang.
Jika anda belum pernah makan lauk ini bersama nasi, boleh cuba cara buat Masak Cuka Ikan yang dikongsikan oleh Nur Masri di Facebook ini.
Baca juga: Cara Simpan Ikan Paling Mudah, Lebih Sebulan Pun Nampak Segar Lagi
CARA BUAT MASAK CUKA IKAN
Bahan-bahan:
- Bawang besar (dipotong bulat)
- Bawang merah (dimayang)
- Halia (dihiris halus)
- Bawang putih (dihiris )
- Biji sawi
- Cili hijau dan merah
- Bawang merah kecil
- Cuka (boleh ganti dengan asam jawa jika perut tak tahan cuka)
- Garam
- Gula
- Perasa masakan (jika suka)
- Timun
- Ikan yang telah digoreng (semua jenis ikan boleh gunakan)
Cara-cara:
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih yang diketuk, halia yang dihiris halus sampai wangi dan masukkan biji sawi.
2. Masukkan air secukupnya dan kemudian masukkan cuka. Waktu ni boleh masukkan gula, garam dan perasa (jika suka). Kena letak banyak gula untuk seimbangkan dengan rasa cuka. Kemudian masukkan timun.
3. Apabila air sudah menggelegak, masukkan ikan goreng yang telah digoreng garing.
4. Seterusnya masukkan cili hijau, cili merah dan bawang kecil. Bawang kecil dimasukkan akhir skali untuk bagi impak rasa rangup apabila makan, kemudian tutup api. Siap untuk dihidang!
Jika anda nak buat lauk Masak Cuka Ikan yang tahan lama, ikan kena digoreng sehingga garing dan banyakkan cuka.
Anda yang sukakan pedas boleh masukkan cili padi yang telah diketuk semasa menumis. Semakin lama, lauk ini akan semakin sedap kerana rasa yang sudah sebati.
Lauk ini mempunyai rasa yang masam dan manis, jadi kena pandai seimbangkan mengikut citarasa anda.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Masri
Baca juga: Ikan Cencaru Masak Kicap, Cuba Sekali Terus Tak Pandang Lauk Lain