cara buat lengat pisang

Peminat pencuci mulut tradisional wajib cuba cara buat lengat pisang yang rasanya manis berlemak. Ditambah pula dengan bau pandan dan gula melaka yang harum, boleh buat sesiapa pun terliur.

Cara buat lengat pisang sangatlah ringkas, tak perlu bahan mahal atau teknik rumit. Hanya guna pisang, sagu, gula dan santan pun dah boleh hasilkan hidangan yang cukup memuaskan untuk seisi keluarga.

Resipi ini dikongsikan oleh Shila Rahman di Facebook dan mendapat perhatian ramai kerana caranya yang mudah, namun hasilnya nampak sangat menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Pengat Bebola Durian, Rasa Lemak Manis Sampai Licin Semangkuk

CARA BUAT LENGAT PISANG

cara buat lengat pisang

Bahan-bahan:

  • Pisang (ikut keperluan)
  • Sagu biji secukupnya
  • Gula melaka atau gula kabung (pilihan)
  • Gula putih secukup rasa
  • Santan secukupnya
  • Daun pandan
  • Garam secubit
  • Air secukupnya

Cara buat lengat pisang:

  1. Jerang air secukupnya dalam periuk sehingga mendidih.
  2. Potong pisang mengikut citarasa sama ada nak potong serong, memanjang atau bulat. Ikut kreativiti masing-masing.
  3. Sediakan sagu biji dengan merendamnya menggunakan air panas selama 2 hingga 3 minit.
  4. Selepas itu, jirus dengan air sejuk sehingga betul-betul sejuk. Tujuannya untuk membuang separuh kanji supaya sagu tak terlalu likat.
  5. Apabila air dalam periuk sudah mendidih, masukkan pisang.
  6. Kemudian, masukkan sagu biji yang telah direndam tadi.
  7. Masak sehingga pisang mula layu dan sagu menjadi jernih serta tidak lagi berwarna putih.
  8. Masukkan gula melaka atau gula kabung, kemudian tambah gula putih. Kacau dan rasa dulu tahap kemanisan ikut selera.
  9. Masukkan daun pandan untuk aroma yang lebih wangi dan menyelerakan.
  10. Jangan lupa masukkan garam sesudu kecil untuk seimbangkan rasa supaya lebih berlemak.
  11. Apabila lengat kembali mendidih, tuangkan santan mengikut kepekatan yang diingini.
  12. Akhir sekali, kacau seketika. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Sumber: Shila Rahman

Baca juga: Lengat Pisang Kukus Paling Wangi & Lembut, Macam Kuih Nenek Buat Dulu-Dulu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN