laba garlic

Siapa yang selalu tengok mukbang viral China, pasti pernah tengok mereka makan benda kecil rangup-rangup rupa macam petai. Rupanya ia adalah bawang putih jeruk (Laba Suan).

Bawang Putih Laba (Laba Suan) dibuat pada hari ke-8 (LaBa) dalam bulan ke-12 dalam Kalender Lunar Cina, yang dianggap sebagai hari paling sejuk di China Utara. Makanan tradisional Cina ini selalu dihidangkan bersama daging atau makanan berminyak.

Laba Garlic ini dipercayai boleh memperbaiki sistem penghadaman, anti penuaan serta anti-kanser. Oleh sebab itu, bawang putih jeruk ini sudah menjadi sebahagian daripada pemakanan seharian mereka.

Kalau ada yang nak cuba, boleh ikut cara-cara membuat bawang putih jeruk ini di bawah. Resipi tersebut telah dikongsikan oleh AJ Idris di laman sosial Facebook. Semoga bermanfaat!

RESIPI LABA GARLIC MACAM DALAM MUKBANG CINA

Bahan-bahan:

  • 3 labu bawang putih (dikupas kulit dan dibuang pangkalnya, dicuci bersih dan toskan)
  • 1 cawan cuka beras (warna coklat atau putih) atau gantikan dengan cuka makan
  • 1 sudu besar gula batu

Cara-cara penyediaannya:

  1. Masukkan bawang putih yang dikupas ke dalam balang.
  2. Masukkan gula batu tuang cuka hingga menutupi bawang.
  3. Tutup balang dan biarkan (pada suhu bilik) hingga warna hijau emerald terhasil (ambil masa lima hari atau lebih). Lagi lama lagi cantik hijaunya.
  4. Sekali dah buka, kena simpan dalam peti sejuk ya.

Selamat mencuba!

Kredit: AJ Idris

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Mi Sup Pedas Cina, Masakan Terhasil Bila Suami ‘Terliur’ Tengok Mukbang Cina

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN