Sesiapa yang suka makan karipap untuk sarapan atau minum petang, pasti teringin tahu cara buat kulit Karipap Pusing yang rangup dan tahan lama.
Cara buat kulit Karipap Pusing ini telah dikongsikan oleh Fatin Salleh di Facebook, siap langkah demi langkah. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Karipap Rangup Sampai Petang, Nak Hasil Berjerawat Cantik Ada Caranya!
CARA BUAT KULIT KARIPAP PUSING
Doh 1 (doh minyak):
- Tepung gandum
- Minyak masak
Doh 2 (doh air garam):
- Tegung gandum
- Air
- Garam
- Sedikit minyak masak
Cara membuat doh 1:
1. Gaulkan tepung gandum dengan minyak sehingga menjadi doh lembut dan tak peroi (sehingga boleh dibuat jadi bebola dan tak melekat pada bekas)
Cara membuat doh 2:
1. Gaulkan tepung gandum dengan air yang telah dicampurkan garam (sehingga boleh dibuat jadi bebola dan tak melekat pada bekas).
2. Masukkan minyak masak sedikit sahaja untuk elakkan adunan tepung melekat.
Cara-cara membuat kulit karipap pusing:
1. Mula-mula, bahagikan Doh 1 dan Doh 2 kepada beberapa bahagian dan bentukkannya menjadi bulat.
2. Kemudian, balutkan doh 1 dengan doh 2. Pastikan doh 2 cukup untuk balut doh 1.
*Doh 2 perlu disediakan lebih supaya boleh membalut doh 1 secukupnya. Masa ni penting sebab tak nak doh koyak semasa gelek doh nanti.
3. Sebelum nak gelek nipis, tekan tekan doh dulu supaya dapat mengurangkan risiko doh terkoyak.
4. Setelah siap digelek lebar dan nipis, potong separuh seperti dalam gambar.
5. Kemudian, gulung rapat.
6. Gulung sampai jadi seperti dalam gambar.
7. Setelah itu, gelek lagi sampai nipis dan panjang.
8. Gulung dari kedua-dua hujung sebab nak dapatkan gulungan yang sama besar dan potong bahagian tengah.
9. Daripada gulungan yang telah siap, potong kecil kecil kepada 5 bahagian. Gelek dan isi inti dan kelim. Siap!
Antara tips ketika membuat kulit karipap pusing ialah:
- Doh 2 perlu dibuat lebih banyak daripada doh 1. Contoh pembahagian tepung, doh 1 – 30g, doh 2 – 50g. Sebab pembahagian tepung doh 2 perlu lebih adalah kerana doh 2 akan digunakan untuk membalut doh 1.
- Resepi ini tiada sukatan, hanya agak-agak saja. Jika takut doh lembik, masukkan air garam atau minyak sedikit demi sedikit sehingga dapat doh lembut yang dikehendaki.
- Garam untuk doh 2 perlu dilebihkan sikit sebab doh 1 tadi tiada dimasukkan garam. Ini pun agak-agak juga.
- Goreng karipap dalam api sederhana, kalau goreng minyak terlalu panas nanti merekah.
Selamat mencuba!
Sumber: Fatin Salleh
Baca juga: Resepi Karipap Pusing, Begini Cara Dapat Hasil Pusar Tak Merekah Dan Lebih Garing!