Categories: Resipi

Cara Buat Kulit Karipap Berjerawat Yang ‘Perfect’, Dah Sejuk Pun Tetap Rangup

Karipap berjerawat merupakan antara jenis karipap yang digemari ramai terutamanya orang lama. Jika suka, anda boleh belajar cara buat kulit karipap berjerawat yang sempurna.

Walaupun rupanya menggerutu dan kurang cantik, namun ramai yang suka karipap berjerawat kerana bukan saja kurang berminyak, malah rangupnya buat orang boleh makan sampai puas.

Perkongsian oleh Cik Puan Jue di Facebook tentang cara buat karipap yang sungguh menarik dengan hasil berjerawat sampaikan ramai mengidam nak makan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Kulit Karipap Pusing Langkah Demi Langkah, Rangupnya Tahan Lama!

CARA BUAT KULIT KARIPAP BERJERAWAT

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 3 sudu besar planta atau marjerin
  • 2 senduk kecil minyak masak (dipanaskan)
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Sedikit garam halus
  • Sedikit air sejuk (ais, sukatan agak-agak saja ikut kelembutan doh)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, satukan tepung gandum, tepung beras, garam, planta atau marjerin dan air kapur dalam satu bekas.

2. Kemudian, panaskan minyak masak dan tuang ke dalam adunan tepung tadi, tapi pastikan minyak betul-betul panas.

3. Selepas itu, kacau dengan senduk secara berhati-hati kerana panas.

4. Apabila tepung sudah menjadi seperti serbuk roti, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sampai doh menjadi lembut elok.

5. Sebelum kelim karipap guna acuan, sapu air di sekeliling karipap, kemudian masukkan inti dan kelim tekan kuat sedikit saja supaya nanti goreng tak terbuka. Siap untuk digoreng!

Antara inti yang sering digunakan adalah telur, ayam, daging, sardin dan banyak lagi. Dengan resipi ini, anda boleh hasilkan karipap berjerawat dengan pelbagai jenis inti yang disukai.

Jika anda ingin jadikan karipap ini sebagai sejuk beku, boleh goreng separuh masak atau bakar saja. Selepas itu, simpan dalam peti sejuk dan boleh goreng pada bila-bila masa saja.

Nak sediakan hidangan sarapan atau minum petang yang sedap untuk keluarga tersayang. Jangan lupa gunakan cara buat kulit karipap berjerawat ini di rumah nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Puan Jue

Baca juga: Resepi Karipap Telur Hancur, Begini Cara Orang Dulu Buat Tanpa Acuan

Aimi

Recent Posts

Resipi Bingka Susu Kastard, Cair Dalam Mulut Sampai Jiran Minta Ajar!

Resipi bingka susu kastard ini memang sempurna untuk seisi keluarga. Teksturnya lembut, rasanya lemak manis,…

3 hours ago

Resipi Kuih Tepung Bunga Yang Kenyal-Kenyal Manis, Guna 3 Bahan Saja!

Setiap negeri di Malaysia mempunyai kuih tradisional yang unik. Kuih tepung bunga ini adalah salah…

3 hours ago

5 Cara Rangupkan Biskut Lemau Di Rumah, Salah Satunya Guna Periuk Nasi!

Baru saja buat biskut tapi apabila makan, terasa lemau pula. Perkara ini boleh buat kita…

3 hours ago

Resipi Mi Celup Kelantan, Makan Semangkuk Confirm Merecik Peluh!

Maggi celup memang cukup terkenal di Kelantan. Kalau ke restoran Kelantan atau Thailand, mesti ada…

3 hours ago

Udang Sambal Petai, Masukkan Bahan RAHSIA Ini Supaya Pekat Dan Ekstra Sedap

Apabila waktu tengah hari hampir tiba, pasti ramai yang akan terus ke dapur untuk memasak.…

6 hours ago

Cara Goreng Ikan Lengat Yang Sedap Sampai Tulang, Tak Hanyir Langsung!

Pernah cuba makan Ikan Lengat? Bagi yang sudah biasa, pasti tahu betapa sedapnya lauk ini…

6 hours ago