Jom cuba buat korean garlic bread versi cepat ini. Biasanya orang jual yang bentuk bulat tu.
Tapi kita buat guna roti keping yang ada kat rumah je, tak perlu susah-susah beli roti burger atau uli doh.
Sesuai untuk bekal atau dijadikan hidangan menu petang untuk anak-anak. Tak sampai 20 minit dah siap! Selamat mencuba!
1. Campur semua adunan cream cheese, kacau sampai rata. Ketepikan.
2. Untuk membuat adunan butter, panaskan butter dengan api perlahan, dah cair masukkan garlic dan tutup api. Bila dah agak sejuk, masukkan telur, madu dan daun parsley. Aduk rata.
3. Letakkan adunan cream cheese di atas roti.
4. Lipat dua roti dan tekan dengan garpu sekeliling roti agar ia melekat.
5. Celupkan roti dengan adunan butter dan susun di loyang.
6. Bakar dengan suhu 180°C selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.
7. Sesuai untuk bekal anak atau pergi kerja.
Kredit: Haya Yahya
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…