Rugi siapa tak suka makan Kacang Bawang Putih ni. Serius sedap, makan sambil tengok tv tak sedar dah habis sebekas.
Mudah je kalau ada yang nak cuba buat sendiri kat rumah. Tapi ada tips supaya hasilnya lebih sedap.
Nak tahu apa tipsnya? Jom sama-sama baca perkongsian dari Nazira Abd Kader di bawah.
1. Basuh kacang sehingga bersih. Saya beli kacang di pasar raya yang dah siap packing, tertulis kacang kopek (ada yang panggil kacang shandong/kacang trojen. Yang penting bukan kacang tanah biasa.
2. Rebuskan air bersama paste bawang putih dalam 2 sudu bersama garam dan gula sehingga mendidih. Bakinya gaul pada kacang yang sudah siap direbus nanti.
3. Kemudian masukkan kacang tadi.
4. Rebus dalam 3 minit dan tutupkan api. Biarkan kacang dalam air rebusan lebih kurang dalam 10 minit, toskan.
5. Lepas dah siap tos, gaul kacang tadi bersama paste bawang putih, garam dan ajinamoto. Gaul rata dan letakkan dalam dulang. Perap semalaman.
6. Rupa kacang yang sudah diperap semalaman. Kacang akan jadi kering macam ni.
7. Sebelum goreng kacang, hiriskan dalam 20 ulas bawang putih. Ikut suka nak banyak mana.
8. Panaskan minyak, kemudian kecilkan api dan baru masukkan kacang. Jangan banyak sangat, nanti kacang tak rangup.
9. Bila kacang dah separuh masak macam ni, masukkan sedikit hirisan bawang putih. Masak sehingga kacang masak secukupnya.
10. Rupa kacang yang dah siap digoreng, sejukkan sepenuhnya sebelum simpan ke dalam bekas kedap udara.
Kredit: Nazira Abd Kader
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…